Maybank akan jalankan penyelenggaraan sistem pada 13 April, perkhidmatan ATM turut terjejas

Pengguna Maybank dinasihatkan untuk mengambil maklum tentang kerja-kerja penyelenggaraan sistem berjadual yang akan dijalankan pada awal pagi 13 April 2025. Menurut pihak Maybank, penyelenggaraan ini adalah rutin berkala yang dilakukan bagi memastikan pengalaman perbankan dalam talian yang lancar dan selamat untuk pelanggan.
Perkara paling penting untuk diambil perhatian ialah bahawa semua perkhidmatan ATM tidak akan tersedia bermula dari 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi pada 13 April 2025 (Ahad).
Sementara itu, perkhidmatan perbankan dalam talian juga akan terjejas dari 3.00AM hingga 8.00AM pada hari yang sama, termasuk perkhidmatan DuitNow (DuitNow Transfer, DuitNow Request, DuitNow QR), JomPay, dan Interbank GIRO. Perkhidmatan ini akan dihentikan di Maybank2u Web, aplikasi MAE, dan Maybank2u Biz (web & aplikasi). Perkhidmatan FPX dan Debit Mandate turut akan dihentikan di laman web Maybank2u dalam tempoh yang sama.

If you have any enquiries, you can write to Maybank at mgcc@maybank.com.my, or contact 1-300-88-6688 (Malaysia) or +603-7844 3696 (overseas).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Maybank di mgcc@maybank.com.my, atau hubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
Sumber: [1] Maybank
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!