Laman Utama / Panduan Pembelian / Teknologi Kecil, Potensi Besar: Pengalaman Langsung dengan Galaxy Ring

Teknologi Kecil, Potensi Besar: Pengalaman Langsung dengan Galaxy Ring


By PriceShop News April 11, 2025

Samsung baru-baru ini melancarkan Galaxy Ring, salah satu peranti boleh pakai paling hangat diperkatakan ketika ini – terutamanya kerana saiznya yang kecil. Mujurlah kami berpeluang mencubanya sendiri, dan pengalaman kami cukup menarik untuk dikongsikan. Jadi, berikut kami kongsikan pengalaman menarik kami bersama peranti boleh pakai terbaru ini.

Sesuai untuk Penjejakan Aktiviti Harian

Galaxy Ring

Samsung Galaxy Ring mampu menjejak aktiviti anda, dengan fungsi yang paling kerap kami gunakan adalah penjejak langkah. Ia mampu menjejak langkah dengan agak tepat, dan anda tidak akan melihat peningkatan mendadak hanya kerana anda masuk ke dalam kereta. Semuanya dilakukan secara automatik tanpa memerlukan sebarang input, dan anda boleh melihatnya hanya dengan membuka aplikasi Galaxy Wearable. Cuma anda perlu sambungkan dan selaraskannya dengan telefon pintar anda terlebih dahulu. Bercakap tentang itu…

Tidak Terhad kepada Peranti Samsung Sahaja

Galaxy Ring

Salah satu perkara terbaik tentang Galaxy Ring ialah anda tidak memerlukan peranti Samsung untuk menggunakannya. Satu-satunya syarat di sini ialah anda perlu mempunyai telefon pintar Android versi 11 ke atas dan aplikasi Galaxy Wearable. Ini juga bermakna peranti boleh pakai ini tidak akan berfungsi dengan iPhone dan iPad, kerana peranti Apple kami langsung tidak dapat mengesan cincin ini. Jika bernasib baik, mungkin kita akan melihat kemas kini pada masa akan datang yang akan menyelesaikan isu keserasian ini, tetapi kami agak meragukannya.

Galaxy Ring adalah Peranti Paling Senang untuk Menjejak Tidur

Ramai pengguna berminat untuk memantau tahap kesihatan mereka sendiri, tetapi apabila melibatkan tidur, penggunaan jam pintar boleh jadi agak leceh. Di sinilah Galaxy Ring menyerlah, kerana ia hampir tidak terasa langsung ketika dipakai. Kadang-kadang, kami sendiri terlupa bahawa cincin ini masih ada di jari. Cuma pastikan anda memilih saiz yang betul – cukup ketat supaya tidak mudah tanggal, tetapi tidak terlalu ketat hingga mengganggu aliran darah. Bagi kami, inilah sebab terbaik untuk memilih cincin ini berbanding jam pintar.

Ciri Tidak Sebanyak Jam Tangan Pintar

Galaxy Ring

Sudah tentu, tidak semuanya sempurna dengan Galaxy Ring kerana ia tidak mempunyai sebanyak ciri seperti jam pintar moden. Ia tidak mempunyai NFC, jadi pembayaran tanpa sentuh tidak boleh dilakukan, ia tidak boleh mengesan isyarat elektrik jantung disebabkan ketiadaan sensor ECG, dan tiada getaran atau pembesar suara, jadi ia tidak berguna untuk pemberitahuan.

Apa yang ada pada Galaxy Ring ialah akselerometer untuk penjejakan aktiviti, sensor bio-optikal untuk memantau kadar degupan jantung, dan sensor suhu kulit untuk menjejaki tidur dan kitaran haid. Secara asasnya, ia seperti jam pintar pada zaman awal, di mana ciri-cirinya lebih ringkas. Anda sentiasa boleh mempertimbangkan untuk menggunakannya bersama jam pintar untuk pengalaman yang lebih lengkap, tetapi ia masih boleh digunakan sendiri jika anda tidak memerlukan apa-apa yang terlalu rumit.

Masa Depan Galaxy Ring

Galaxy Ring

Galaxy Ring sememangnya mempunyai masa depan yang menjanjikan, dan saya mempunyai gambaran yang jelas untuk model-model berikutnya. Proses Galaxy Ring untuk berevolusi pastinya hampir sama dengan proses yang dilalui oleh jam pintar untuk mendapatkan semua ciri-ciri yang ada pada jam pintar hari ini.  Ini mungkin akan menjejaskan jualan jam tangan pintar Samsung sendiri, tetapi pada masa yang sama, ianya pasti boleh memenuhi keperluan pelbagai golongan. Sesetengah orang lebih menyukai jam tangan pintar, manakala yang lain mungkin lebih memilih jam tangan tradisional dan memilih cincin sebagai alternatif.

Satu perkara yang saya peribadi tertarik adalah menggabungkan isyarat sebagai cara untuk berinteraksi dengan telefon pintar atau tablet. Bagi Samsung, ini sepatutnya menjadi perkara yang biasa kerana mereka boleh menggunakan isyarat yang serupa dengan yang terdapat pada S Pen lama dan menyesuaikannya untuk Galaxy Ring. Jika ini menjadi kenyataan, ia boleh menjadi peranti boleh pakai terbaik, tetapi buat masa ini, kita hanya perlu tunggu dan lihat ke mana hala tuju perkembangannya.

Samsung Galaxy Ring kini telah rasmi di Malaysia. Jika anda terlepas pengumuman pelancarannya, klik di sini untuk lihat harga dan ketersediaan.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!