Home / Tentang kami

Tentang kami

about my.priceshop.com

Pencarian tawaran terhangat bermula dengan my.priceshop.com

Dengan landskap membeli-belah di Malaysia yang terus berkembang dan terus berubah, mencari tawaran terbaik tidak semudah berjalan ke kedai dan merujuk risalah promosi terkini.

Sebenarnya, tugas membandingkan harga pelbagai produk dan tawaran peniaga agak memakan masa dan membebankan. Akibatnya, kebanyakan pembeli akan menerima tawaran yang kurang menarik.

Oleh kerana itu, my.priceshop.com berusaha untuk mempermudah proses memburu tawaran dengan merapatkan jurang antara peniaga dan pembeli di Malaysia.

PriceShop menyatukan semua maklumat produk, harga dan peniaga dan paparkannya dalam format yang komprehensif.

Dengan maklumat yang mudah diakses, pembeli dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan semoga dapat nikmati lebih banyak penjimatan melalui proses tersebut!

My.priceshop.com adalah anak syarikat Price.com.hk, platform perbandingan harga No.1 di Hong Kong * dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri ini.

Dibina untuk Warga Malaysia

Fitur Utama:

Direka secara teliti untuk pembeli seperti anda demi memastikan my.priceshop.com menawarkan servis yang anda perlukan ketika mencari tawaran terbaik.

Antara fitur utama yang PriceShop menawarkan adalah fitur pilihan bahasa. Ini memastikan anda semua boleh layari dan dapatkan maklumat dari laman PriceShop dengan senang dalam bahasa pilihan anda.

Selain itu, senarai peniaga adalah berdasarkan lokasi yang paling dekat dengan anda. Kenapa harus anda membayar lebih untuk penghantaran bila anda boleh dapatkannya dengan serta-merta dari kedai berhampiran anda?

Terakhir, kami telah bekerja keras agar anda dapat membandingkan harga peniaga atas talian dan luar talian dengan mudah. Dengan cara itu anda dapat memastikan promosi yang anda ditawarkan adalah yang terbaik!

Memahami Teknologi disebalik PriceShop

How it Works:

How does my.priceshop.com work

Peniaga:
PriceShop menggunakan teknologi canggih untuk merangkak maklumat harga produk dari semua platform e-dagang kegemaran anda seperti Lazada, Shopee dan banyak lagi.

PriceShop juga mempunyai pasukan khusus untuk rekrut pedagang luar talian di seluruh Malaysia untuk menyenaraikan produk dan servis mereka di laman kami.

Sekiranya anda peniaga luar talian dan ingin produk anda disenaraikan, sila isi borang ini dan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

Pembeli:
My.priceshop.com adalah laman web yang boleh digunakan secara percuma untuk membandingkan harga produk elektronik yang dijual di laman e-dagang utama dan peniaga luar talian berdekatan anda. Anda cuma perlu masukkan nama produk ke bar carian untuk mula membandingkan harganya.

Ini adalah situasi menang-menang bagi semua pihak. PriceShop membantu anda mencari tawaran terhangat sambil membantu peniaga tempatan meningkatkan trafik dan peluang menjual!

Cukuplah kami membebel, mari kita mulakan pencarian promosi hebat!