Home / News / Gadgets / 6 Telefon Gaming Bajet di Malaysia (2023)

6 Telefon Gaming Bajet di Malaysia (2023)


May 17, 2023

Tidak semestinya hanya dengan gajet dan peranti yang mahal anda akan mendapatkan pengalaman gaming yang lancar dan terbaik. Telefon gaming flagship seperti siri ASUS ROG Phone 6 atau realme GT Neo 3 menetapkan piawaian yang agak tinggi, tetapi ramai yang tidak mampu berbelanja banyak pada telefon gaming. Walau bagaimanapun, anda boleh dengan mudah mencari telefon gaming bajet yang akan memberikan prestasi permainan berkualiti tinggi!

Tidak percaya kami? Jom lihat antara 6 telefon gaming bajet terbaik di Malaysia!

1. Infinix HOT 30; RM599

Dilancarkan pada 2023

Top 6 Budget Gaming Phones in Malaysia 2023

Infinix HOT 30 mungkin merupakan yang termurah dalam senarai ini, tetapi ia tidak boleh dipandang sebelah mata. Dengan unit pemproses Helio G88 dari MediaTek, telefon gaming bajet ini menjanjikan prestasi permainan yang unggul walaupun pada titik harganya yang rendah.

HOT 30 dilengkapi dengan 8GB RAM, tetapi anda boleh menambah lagi 8GB RAM sebagai memori tambahan.

Anda akan mendapat masa penggunaan yang lebih panjang daripada bateri 5,000mAh dan pengisian cepat 33W akan memastikan anda terus beraksi dalam game anda.

Dan sila akui, garisan-garisan berkilauan pada bahagian belakang tekstur kaca itu kelihatan menakjubkan.

Spesifikasi Utama Untuk Gaming
  • MediaTek Helio G88
  • Paparan 6.78″ dengan kadar penyegaran 90Hz
  • Tambahan 8GB RAM Lanjutan
  • Bateri 5,000mAh tahan lama
  • Pengisian Cepat 33W

2. Infinix Note 12 2023, RM718 – RM799

Dilancarkan pada 2022

Top 6 Budget Gaming Phones in Malaysia 2023

Sukar untuk tidak memberi perhatian kepada Infinix apabila sebahagian besar daripada penekanan jenama mereka berkisar kepada prestasi gaming. Inilah lagi salah satu telefon gaming bajet dari Infinix, kali ini dalam bentuk Note 12 2023.

IInfinix Note 12 2023 dikuasakan dengan Helio G99 yang lebih baharu dimana gajet ini menawarkan prestasi yang dioptimumkan serta penggunaan tenaga yang lebih rendah setiap kali ia digunakan.

Walaupun dengan bajet yang rendah, anda akan mendapatkan paparan AMOLED dan kali ini,  dengan resolusi FHD+ bagi resolusi paparan yang lebih jelas.

Sistem Linear Motor Taktil dengan Getaran 4D adalah bonus tambahan yang besar untuk deruan adrenalin anda, dan Pembesar Suara Dwi Resolusi Hi-Res akan sentiasa menemani pendengaran anda di setiap langkah dalam game.

Akhir sekali, terdapat sistem penyejukan grafit 10 lapisan untuk mengekalkan keadaan sejuk Infinix Note 12 2023 dalam pertempuran yang sengit.

Spesifikasi Utama Untuk Gaming
  • MediaTek Helio G99
  • Paparan AMOLED HD+ Penuh 6.7″
  • Sistem Taktil Motor Linear dengan Getaran 4D
  • Pembesar Suara Dwi Resolusi Hi-Res
  • Bateri 5,000mAh tahan lama
  • Pengisian Cepat 33W

3. POCO X5 5G, RM999

Dilancarkan pada 2023

Top 6 Budget Gaming Phones in Malaysia 2023

POCO X5 5G adalah antara yang terunggul dalam salah satu kriteria paling penting yang perlu ada pada setiap telefon gaming: paparannya.

Pilihan telefon bajet ini dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi Full HD+. Tetapi yang menarik perhatian ialah kadar segar 120Hz dan kadar penyentuhan 240Hz yang membolehkan anda bergerak dengan pantas dan melakukan pergerakan tepat dalam sekelip mata.

Selain itu, ia mempunyai tahap kecerahan 1200nits supaya anda boleh mengekalkan skor walaupun di bawah sinar matahari yang terik.

POCO X5 5G menggunakan Snapdragon 695 5G untuk pengalaman gaming yang lancar. Selain daripada itu, baterinya 5,000mAh dengan pengisian cepat 33W akan membantu menaikkan tahap prestasi permainan anda ke tahap yang lebih tinggi dalam masa yang singkat.

Spesifikasi Utama Untuk Gaming
  • Snapdragon 695 dengan sokongan 5G
  • Paparan Full HD+ AMOLED 120Hz
  • Kecerahan tinggi 1,200nits
  • Bateri 5,000mAh tahan lama
  • Pengisian Cepat 33W

4. vivo Y33T; RM899 – RM999

Dilancarkan pada 2022

Top 6 Budget Gaming Phones in Malaysia 2023

Dilengkapi dengan Snapdragon 680, kelajuan CPU vivo Y33T dapat mencapai sehingga 2.4GHz bagi prestasi gaming yang lancar. Bekerja seiring dengan GPU Adreno 610, anda tidak akan dihampakan dengan grafiknya yang menarik dan berkualiti tinggi.

Vivo Y33T dengan paparan 6.58″ FHD+ dan nisbah skrin-ke-badan 90.6% akan membuatkan anda teruja meneroka dan menakluki musuh anda. Tetapi sebelum itu, pastikan anda menyingkirkan halangan lain dengan mengaktifkan Mod Permainan Ultra. Anda bukan sahaja akan mempunyai ciri ‘Jangan Ganggu’, tetapi anda juga akan merasai pengalaman gaming dengan Getaran Permainan 4D, Gambar dalam Gambar dan Mod Esports.

Dari segi bateri, bateri 5,000mAh akan cukup tahan sepanjang hari, manakala pengisian cepat 18W tidak akan membuat anda menunggu terlalu lama ketika pengisian semula telefon.

Spesifikasi Utama Untuk Gaming
  • Paparan FHD+ dengan nisbah skrin-ke-badan 90.6%
  • Getaran Permainan 4D
  • Mod Esports
  • Bateri 5,000mAh tahan lama

5. realme 10, RM999

Dilancarkan pada 2023

Barisan siri realme 10 mempunyai tiga telefon yang mendapat penarafan tinggi dan menawarkan pengalaman gaming yang lancar. Walau bagaimanapun, model asas realme 10 adalah satu-satunya yang boleh anda dapatkan dengan harga kurang dari RM1,000.

Ia dipandu oleh MediaTek Helio G99 (sama pada Infinix Note 12 2023), jadi anda boleh menjangkakan prestasi gaming yang terbaik dan bateri yang dioptimumkan. Untuk game yang memerlukan sedikit memori tambahan, anda boleh menambah lagi 8GB RAM Lanjutan untuk memastikan game yang lebih lancar.

Anda akan mendapatkan kadar segar 90Hz pada skrin Super AMOLED FHD+ 6.4 inci. Dan seperti yang lain, realme 10 dilengkapi dengan bateri 5,000mAh dengan pengisian pantas 33W SUPERVOOC.

Spesifikasi Utama Untuk Gaming
  • MediaTek Helio G99
  • Paparan Super AMOLED FHD+
  • 8GB RAM Lanjutan
  • Bateri 5,000mAh tahan lama
  • Pengisian Cepat 33W
  • Speaker UltraBoom 200%

6. iQOO Z7 5G, RM1299

Dilancarkan pada 2023

iQOO adalah jenama yang agak baru di pasaran. Ia diasaskan pada 2019 dan merupakan anak syarikat vivo.

Dengan nasib yang baik, model baharu iQOO Z5 5G adalah tersenarai dalam senarai telefon gaming bajet ini. Telefon pintar ini mempunyai teknologi FlashCharge 120W yang mengisi semula 100% dalam masa setengah jam.

Getaran Permainan 4D yang  sepenuhnya mengasyikkan serta Kawalan Permainan Deria Penuh membuatkan games anda bergerak lebih pantas sehingga di luar pergerakan asas jari. Apabila intensiti telefon semakin meningkat, anda boleh mengharapkan sistem penyejukan cecair 10 lapisan yang akan memastikan telefon ini kekal sejuk dan tidak menjejaskan prestasi game anda.

Permainan game tanpa henti boleh menyebabkan keletihan pada mata, oleh itu iQOO Z7 5G dilengkapi dengan Skrin Perlindungan Mata, bersama-sama dengan ciri perlindungan lain seperti Cahaya Biru Rendah, Paparan Cahaya Bulan, dan Pemudaran Berperingkat.

Spesifikasi Utama Untuk Gaming
  • FlashCharge 120W
  • Paparan Perlindungan Mata 120Hz
  • Getaran Permainan 4D & Kawalan Permainan Deria Penuh
  • Sistem Penyejukan Cecair 10 Lapisan
  • 8GB RAM Lanjutan

Baca lebih lanjut mengenai Siri iQOO Z7 di sini.

Yang terbaik tidak selalunya mahal

Produk terbaik tidak semestinya mahal. Sudah tentu terdapat kelebihan apabila menggunakan telefon gaming flagship. Walau bagaimanapun, anda sentiasa boleh melakukan yang terbaik walaupun dengan telefon gaming bajet!

Kami berharap senarai telefon gaming bajet terbaik di Malaysia ini dapat membantu anda menentukan pilihan anda, dan jangan lupa untuk melayari PriceShop bagi mendapatkan tawaran produk serta harga terbaik daripada penjual yang dipercayai!

Static PS article footer (PNG)