Laman Utama / Panduan Pembelian / 6 Pilihan Telefon Bajet Terbaik untuk Gaming di Malaysia (2024)

6 Pilihan Telefon Bajet Terbaik untuk Gaming di Malaysia (2024)


Ogos 6, 2024


Telefon gaming yang hebat tidak semestinya mahal. Telefon gaming flagship seperti siri ASUS ROG Phone 8 atau REDMAGIC 9 Pro memang menetapkan piawian yang tinggi, tetapi ramai yang enggan melabur terlalu banyak untuk sebuah telefon gaming. Namun, anda masih boleh mendapatkan telefon gaming bajet yang mampu memberikan prestasi permainan yang hebat!

Tak percaya? Jom kami buktikan. Berikut adalah 6 telefon gaming bajet terbaik di Malaysia!


1. iQOO Z9x 5G, RM999

Diperkenalkan pada tahun 2024


Selepas kejayaan siri Z7 tahun lepas, siri iQOO Z9 yang baru memang layak diberi perhatian. Siri ini merangkumi Z9 5G dan Z9x 5G, tetapi jika anda ingin lebih berjimat, kami cadangkan Z9x 5G yang berharga sekitar RM1,000.

Dengan harga tersebut, anda akan dapat model 8GB+128GB yang sudah cukup baik. Tapi, kalau anda nak belanja lebih sikit, versi 8GB+256GB (RM1,099) atau 12GB+256GB (RM1,199) juga berbaloi dipertimbangkan.

iQOO Z9x ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 6 Gen 1. Walaupun bukan cip terbaru, ia masih menawarkan prestasi yang baik dalam julat harga ini. Paparan LCD 6.72” dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi Full HD (1080p) juga memberikan visual yang memuaskan.

Apa yang benar-benar membuat iQOO Z9x 5G menonjol adalah baterinya yang besar, berkapasiti 6,000mAh. Ini adalah yang terbesar dalam senarai ini dan sangat sesuai bila anda inginkan sesi gaming yang panjang.

Spesifikasi Utama untuk Gaming:

  • Bateri 6,000mAh dengan 44W FlashCharge
  • Paparan 120Hz dengan Eye-Care
  • Pembesar suara stereo Hi-Res berkembar
  • Sistem penyejukan 3D lima lapisan
  • RAM yang boleh diperluas sehingga 12GB


2. POCO M6 ProRM999

Diperkenalkan pada tahun 2024


Dilengkapi dengan versi terkini Helio G99, iaitu Helio G99-Ultra, POCO M6 Pro bersedia untuk mengungguli pesaingnya dalam arena gaming.

POCO M6 Pro membawa pemain masuk ke dunia permainan dengan paparan AMOLED 6.67” yang menawarkan resolusi FHD+. Nikmati pengalaman gaming yang mengasyikkan dengan gamut warna DCI-P3 100%, dan rasakan bunyi yang memukau melalui pembesar suara Dolby Atmos berkembar.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh, cukup untuk kegunaan sepanjang hari, dan pengecasan pantas 67W memastikan anda dapat kembali bermain tanpa perlu menunggu lama.

Spesifikasi Utama untuk Gaming:

  • Paparan AMOLED 1.5K dengan 100% DCI-P3
  • Pemproses Helio G99-Ultra yang dioptimumkan
  • Bateri 5,000mAh yang tahan lama
  • Pengecasan pantas 67W


3. POCO X6; RM1,199

Diperkenalkan pada tahun 2024


POCO X6 hebat dalam salah satu aspek paling penting untuk telefon gaming iaitu paparan.

Sebagai pilihan gaming bajet, POCO X6 menawarkan paparan AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan resolusi 1.5K (2712x1220p). Apa yang benar-benar membezakan telefon ini adalah gabungan “refresh rate” 120Hz dan “touch sampling rate” 240Hz, yang mempunyai gerakan pantas dan reaksi sepantas kilat.

Selain itu, paparan ini mempunyai kecerahan puncak 1,800 nits, jadi anda masih boleh melihat dengan jelas walaupun di bawah cahaya matahari yang terang. Untuk memastikan peranti ini kekal sejuk, POCO X6 dilengkapi dengan kawasan penyejukan seluas 13,581mm² yang diperbuat daripada grafit dan grafena untuk pelesapan haba yang baik.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 2, POCO X6 memastikan pengalaman gaming yang mendalam. Bateri 5,100mAh yang tahan lama dengan pengecasan pantas 67W pula memastikan anda dapat terus bermain tanpa gangguan.

Spesifikasi Utama untuk Gaming:

  • Cip Snapdragon 7s Gen 2
  • Paparan AMOLED 1.5K 120Hz
  • Kecerahan tinggi 1,800 nits
  • Bateri 5,100mAh yang tahan lama
  • Pengecasan Pantas 67W


4. Infinix GT 20 ProRM1,299

Diperkenalkan pada tahun 2024


Kami tahu ini mungkin melebihi bajet RM1,000, tetapi jika anda sanggup berbelanja lebih, Infinix GT 20 Pro patut ada dalam senarai anda.

Ini adalah telefon gaming yang sebenar, dan ini sebabnya. Pertama, ia dikuasakan oleh dua pemproses yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman gaming anda. Yang pertama adalah “Dimensity 8200 Ultimate”, dan yang kedua ialah “Dedicated Gaming Display Chip” yang mampu meningkatkan kadar bingkai hingga 120FPS.

Kedua, anda akan menikmati paparan yang menakjubkan pada skrin AMOLED FHD+ 6.78” dengan “refresh rate” 144Hz untuk gameplay yang lancar dan halus.

Dan akhir sekali, reka bentuk mecha pada panel belakangnya memang sangat menarik. Ditambah lagi dengan pencahayaan RGB yang boleh diubah suai melalui antaramuka Mecha Loop LED.

Sebagai bonus, Infinix GT 20 Pro juga merupakan telefon pintar rasmi untuk Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL MY Season 2), jadi anda tahu ia sudah diakui oleh komuniti gamer.

Spesifikasi Utama untuk Gaming:

  • Dimensity 8200 Ultimate dengan “Dedicated Gaming Display Chip
  • Paparan AMOLED 6.78” dengan “refresh rate” 144Hz
  • Pembesar suara berkembar dengan teknologi JBL
  • Bateri 5,000mAh yang tahan lama
  • Pengecasan pantas 45W


Baca lebih lanjut mengenai Infinix HOT 30 di sini.


5. Infinix NOTE 40; RM898

Diperkenalkan pada tahun 2024


Sukar untuk tidak memberi perhatian kepada Infinix bila fokus mereka jelas pada prestasi gaming. Kali ini, mereka hadir dengan model NOTE 40.

Infinix NOTE 40 menggunakan cip MediaTek Helio G99 yang memberikan prestasi optimum dengan penggunaan tenaga yang rendah.

Walaupun ia sebuah telefon bajet, anda masih mendapat paparan AMOLED 6.78″ dengan resolusi Full HD+ yang memastikan setiap detik permainan anda kelihatan tajam dan jelas.

Refresh rate” 120Hz memastikan permainan berjalan dengan lancar, manakala “touch sampling rate” 360Hz memberikan kelebihan untuk reaksi pantas. Ditambah lagi dengan pembesar suara berkembar dari Sound by JBL, setiap bunyi dalam permainan akan kedengaran dengan jelas.

Bateri 5,000mAh cukup tahan lama, dan lebih menarik lagi, ia menyokong pengecasan pantas 45W. Kalau anda tak suka wayar, tiada masalah—Infinix NOTE 40 juga ada pengecasan tanpa wayar 20W, ciri yang jarang ditemui dalam telefon pada harga ini.

Spesifikasi Utama untuk Gaming:

  • MediaTek Helio G99
  • Paparan AMOLED 6.78″ Full HD+ dengan “refresh rate” 120Hz
  • Pembesar suara berkembar dari Sound by JBL
  • Bateri 5,000mAh; pengecasan pantas 45W, pengecasan tanpa wayar 20W


6. nubia Neo 2 5G; RM999

Diperkenalkan pada tahun 2024


Nubia memang terkenal dengan siri REDMAGIC mereka, yang sering dianggap antara telefon gaming terbaik di pasaran. Kalau sebelum ini anda rasa jenama ini di luar jangkauan, sekarang anda boleh nikmati kehebatan gaming Nubia dengan Neo 2 5G.

Selain reka bentuk Bionic Mecha yang garang, nubia Neo 2 5G dilengkapi dengan pemproses Unisoc T820 octa-core dan sokongan 5G, menjadikannya telefon gaming yang berkuasa.

Dengan skrin 6.72″, Neo 2 5G lebih mudah digenggam berbanding model yang lebih besar. “Refresh rate” 120Hz memastikan permainan berjalan lancar, dengan visual yang jelas pada resolusi Full HD+ (1080).

Untuk pengalaman gaming yang lebih hebat, Neo 2 5G dilengkapi dengan trigger yang boleh disesuaikan untuk kawalan yang lebih tepat. Bila anda hampir menang, nikmati bunyi sorakan melalui pembesar suara stereo DTS:X Ultra yang mengagumkan.

Spesifikasi Utama untuk Gaming:

  • Pemproses Unisoc T820 octa-core
  • Paparan FHD+ (1080) dengan “refresh rate” 120Hz
  • RAM yang boleh diperluas hingga 12GB
  • Bateri besar 6,000mAh
  • Pengecasan pantas 33W
  • Pembesar Suara Stereo dengan DTS:X Ultra


Yang terbaik tak semestinya mahal

Produk terbaik tak perlu membuat anda berbelanja besar. Telefon gaming flagship memang ada kelebihannya, tetapi anda masih boleh bermain dengan hebat walaupun menggunakan telefon gaming bajet! Kami harap senarai telefon gaming bajet terbaik di Malaysia ini membantu anda memilih, dan jangan lupa untuk melawat PriceShop untuk mendapatkan tawaran terbaik dari penjual yang dipercayai!