Home / News / Gadgets / 9 Tablet Terbaik Untuk Pelajar di Malaysia (2023): Dari tablet berspesifikasi tinggi hingga ke tablet bajet

9 Tablet Terbaik Untuk Pelajar di Malaysia (2023): Dari tablet berspesifikasi tinggi hingga ke tablet bajet


June 5, 2023

Tablet adalah alat teknologi yang dapat memberi nilai tambah pada pembelajaran anda, sama ada anda berada di sekolah, kolej, atau universiti. Ia berupaya membantu untuk meningkatkan prestasi pendidikan dan akademik anda. 

Namun, mencari tablet yang tepat boleh menjadi tugas yang memakan masa. Sebagai seorang pelajar, penting untuk mempertimbangkan faktor-faktor seperti kemudahalihan tablet, ciri-ciri produktivitinya, dan paling penting, bajet anda!

Bagi memudahkan anda, berikut kami senaraikan 9 tablet terbaik untuk pelajar di Malaysia, dari tablet yang berspesifikasi tinggi hingga ke tablet bajet.

Tablet berspesifikasi tinggi untuk Pelajar

Tablet-tablet ini menawarkan setiap ciri yang diimpikan oleh pelajar. Ia mempunyai unit pemproses yang terbaik, dan ciri ini akan memudahkan serta melancarkan aktiviti pembelajaran pelajar.

Namun, harganya adalah mahal, jadi pastikan anda merancang perbelanjaan anda dengan sewajarnya!

Pastikan anda mengambil tahu terlebih dahulu tentang insentif-insentif khas yang disediakan untuk pelajar bagi mendapatkan tawaran diskaun dan pilihan pembayaran yang terbaik!

Apple iPad Air (2022)

Julat harga: min RM2,899, max RM4,399 (tidak termasuk tambahan lain); Dapatkan dengan harga lebih murah di PriceShop

Pelajar-pelajar yang berkemampuan wajar mempertimbangkan Apple iPad Air kerana ia dilengkapi dengan cip kuasa M1 yang hebat, sama seperti cip yang terdapat pada MacBook Air, dengan 8-core CPU dan 8-core GPU.

Pelajar-pelajar seni, khususnya, akan sangat menghargai iPad Air ini kerana ciri-ciri yang diketengahkan sangat menepati keperluan pelajar. Apple sentiasa mempunyai reputasi yang baik dalam industri kreatif atas keupayaannya dalam mengendalikan perisian-perisian yang berat. Pelajar-pelajar yang banyak bermain dengan perisian penyuntingan video dan foto akan merasa senang dengan iPad Air ini.

Paparan Liquid Retina 10.9-incinya memberi corak warna yang tepat dan vibrant. Ini akan menjadikan karya seni anda lebih menonjol. Untuk penggunaan yang lama pula, True Tone akan menyesuaikan suhu warna skrin untuk paparan yang lebih selesa.

Apple iPad Air berfungsi dengan lebih baik dengan tambahan aksesori seperti Apple Pencil dan Magic Keyboard. Namun, aksesori ini tidak disertakan sekali dan anda perlu membelinya secara berasingan jika ingin memiliki mereka.

HUAWEI MatePad Pro 12.6″

Julat harga: RM2,980 – RM3,999 di PriceShop

Jika anda mencari skrin yang besar, maka HUAWEI MatePad Pro boleh menjadi pilihan yang sesuai untuk anda. Tablet ini menawarkan skrin OLED 12.6″ dengan kadar segar 120Hz untuk penggunaan yang lancar.

HUAWEI MatePad Pro adalah tablet multi tugas, dimana anda akan dapati bahawa skrin besar 12.6″ ini sangat berguna apabila menggunakan App Multiplier. App Multiplier membolehkan anda membuka sehingga empat tetingkap untuk beroperasi secara bebas pada skrin. Ciri ini membolehkan anda untuk mengakses semua aplikasi pembelajaran anda dengan mudah.

Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri 10050mAh yang tahan sepanjang hari, dan pengisian cepat 40W SuperCharge akan mempercepatkan masa pengisian semula, sangat membantu melancarkan rutin anda yang sibuk. 

Padankan HUAWEI MatePad Pro 12.6″ anda dengan HUAWEI M-Pencil (2nd Gen) dan tambah papan kekunci magnetik pintar untuk mencapai produktiviti yang lebih maksimum.

Samsung Galaxy Tab S8+

Julat Harga: RRP RM4,999; Dapatkannya di antara RM3,599 – RM4,599 di PriceShop

Jika anda mencari tablet yang dilengkapi dengan pena, pertimbangkan Samsung Galaxy Tab S8+. Di antara tablet yang telah kami sebutkan tadi, ini adalah satu-satunya tablet yang dilengkapi dengan pena dan disertakan dalam kotak semasa pembelian. 

Dengan S Pen, kerja-kerja lakaran atau penulisan nota untuk idea-idea spontan akan menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu membuka aplikasi Samsung Notes dan mulakan menulis, melukis, atau mewarna!

Lebih menarik lagi, anda boleh bekerja dengan skrin Super AMOLED 12.4″ Galaxy Tab S8+ yang besar. Skrin yang besar ini dilengkapi dengan ciri Multi Window. Ia membolehkan anda untuk membuka beberapa aplikasi pada satu masa agar semua aplikasi yang anda inginkan dapat diakses dengan segera. 

Samsung Galaxy Tab S8+ ini dilengkapi dengan bateri tahan lama 10090mAh dengan caj cepat 45W, menjadikannya salah satu tablet terbaik untuk pelajar.

Tablet Pertengahan untuk Pelajar

Tablet rangkaian pertengahan berada di tengah-tengah antara harga dan fungsi. Maksudnya, ia adalah mampu milik bagi kebanyakan pelajar, namun tablet ini tidak dilengkapi dengan semua ciri yang ada pada pilihan yang lebih mahal. 

Walaubagaimanapun, tablet rangkaian pertengahan ini mempunyai tahap prestasi yang memadai untuk membantu anda dengan tugas-tugas dan aktiviti pembelajaran.

realme Pad X

Julat harga: RRP RM1,699; Dapatkannya di antara RM1,495 – RM1,699 di PriceShop

realme Pad X adalah pilihan pertengahan yang pertama. Ia dilengkapi dengan Snapdragon 6nm yang menyokong sambungan 5G, dan padanan ini agak mengagumkan untuk sebuah tablet dengan harga di bawah RM2000.

Ia juga sangat nipis dengan ketebalan 7.1mm dan berat hanya 499g, mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Dari segi skrin, anda akan mendapat skrin WUXGA+ 10.95″. Skrin ini telah disahkan oleh TÃœV Rheinland akan mengeluarkan cahaya biru yang rendah; faktor penting yang perlu dipertimbangkan untuk kesihatan penglihatan pelajar yang sememangnya selalu terlibat dengan masa skrin yang panjang. 

realme Pad X dilengkapi dengan 6GB RAM, dan anda boleh menambah RAM Lanjutan 5GB melalui Dynamic RAM Expansion (DRE) sehingga 11GB. Sekiranya 128GB tidak mencukupi untuk sepanjang tahun pengajian anda, jangan risau kerana tablet ini menyokong sehingga 512GB ruang penyimpanan microSD. 

Untuk produktiviti pula, anda akan mendapat ciri-ciri seperti Flexible Windows dan Sidebar Multitasking Mode bagi memudahkan anda untuk berpindah di antara satu aplikasi ke aplikasi yang lain.

Apple iPad (Generasi ke-9)

Julat harga: min RM1,599, maks RM2,999 (tidak termasuk tambahan lain)

Apple dikenali dengan rangkaian produk yang paling mahal di pasaran, namun memilih model iPad generasi ke-9 yang sedikit lebih lama bukanlah idea yang buruk. Sebenarnya, ia sangat sesuai untuk pelajar dengan bajet terhad. 

Cip A13 Bionic sememangnya bukanlah yang terkini, tetapi ia masih memberikan prestasi yang hebat ketika anda memuatkan aplikasi penyuntingan grafik seperti Adobe Fresco dan Procreate. Selain itu, anda akan mendapat skrin Retina 10.2″ penuh untuk visual berkualiti tinggi. Tambahan pula, iPad (Generasi ke-9) mempunyai ciri-ciri yang anda boleh dapati pada model iPad yang lebih baru, seperti True Tone, Centre Stage untuk panggilan video, dan pengimbasan dokumen kamera belakang. 

Sama seperti iPad Air, iPad (Generasi ke-9) berfungsi dengan lebih baik bersama Apple Pencil dan Smart Keyboard. Bagaimanapun, anda perlu membeli mereka secara berasingan.

OPPO Pad Air

Julat harga: RRP RM1,099 – RM1,299, Dapatkan di antara RM920 – RM1,299 di PriceShop

Jika nipis dan ringan adalah apa yang anda cari, maka tidak ada yang lebih baik berbanding OPPO Pad Air. Dengan ketebalan 6.94mm dan berat hanya 440g, ia tidak mengambil ruang yang besar dalam beg sekolah anda. 

Bukan hanya itu, kelebihan lain dari OPPO Pad Air juga ada pada unit pemprosesnya, Snapdragon 680 yang akan memastikan aplikasi produktiviti seperti Dual Windows dan Split Screen anda dikendalikan dengan lancar semasa penggunaan. Tambahan pula, tablet ini dilengkapi dengan 4GB RAM. Namun, anda boleh menambah lagi 3GB RAM Tambahan untuk kerja multitugas yang lebih lancar. 

Sebagai tablet pertengahan, OPPO telah melakukan kerja yang hebat dengan menyertakan Dolby Atmos Symmetrical Quad Speakers bagi meningkatkan kualiti audio dalam tablet ini.

Tablet Bajet untuk Pelajar

Tablet bajet lebih sesuai untuk pelajar yang tidak bergantung terlalu banyak pada perisian, seperti pelajar yang mengkhususkan diri dalam bidang Bahasa, Perniagaan, atau Pemasaran. Pelajar dalam kursus-kursus ini tidak memerlukan perisian dan aplikasi yang berat, selalunya memadai dengan pemprosesan dan pelayaran dokumen yang mudah untuk menyiapkan tugasan mereka. 

Dengan harga kurang daripada RM1,000, anda masih boleh mendapatkan tablet bajet yang berkualiti.

Pad HONOR X8

Julat harga: RRP RM898; Dapatkannya di antara RM815 – RM899 di PriceShop

Dengan skrin Full HD 10.1″ dan pensijilan TÃœV Rheinland untuk pengeluaran cahaya biru yang rendah, HONOR Pad X8 adalah pilihan bajet yang hebat. 

Ia sangat nipis dengan ketebalan 7.5mm dan berat 460g, menjadikannya mudah untuk dibawa. Untuk tugasan yang memerlukan penyelidikan dan pembuatan nota yang meluas, fungsi Split Screen akan sangat berguna. Selain itu, anda boleh mengaktifkan Mod E-Buku untuk meniru paparan buku yang mirip dengan kertas jika itu yang sesuai dengan gaya pembacaan anda. 

Jika anda mempunyai telefon HONOR, anda boleh dengan mudah memindahkan fail antara peranti menggunakan HONOR Share. 

Namun, mungkin satu kelemahan bagi tablet ini, baterinya agak kecil dengan kapasiti hanya 5,000mAh dan ia tidak menyokong pengisian pantas.

Lenovo Tab M10 Gen 3

Julat harga: RRP RM869; Dapatkannya daripada RM786 di PriceShop

Pilihan bajet lain yang boleh anda pertimbangkan adalah Lenovo Tab M10 Gen 3. Dikeluarkan pada tahun 2022, tablet bajet ini mempunyai skrin LCD Full HD 10.1″ yang sederhana besar. Ia juga disahkan oleh TÃœV Rheinland Low Blue Light untuk memberikan perlindungan mata yang diperlukan. 

Walaupun menjadi tablet bajet, ia dilengkapi dengan dua pembesar suara yang tidak kurang hebatnya, selain disokong dengan audio Dolby Atmos, sangat sempurna jika anda kerap belajar dengan sumber-sumber video seperti YouTube. Lenovo Tab M10 Gen 3 dilengkapi dengan 4GB RAM dan 64GB penyimpanan, dengan penyimpanan boleh ditambah melalui microSD. 

Sama seperti HONOR Pad X8, tablet bajet Lenovo ini tidak mempunyai pengisian pantas, dan baterinya hanya sedikit lebih besar iaitu 5,100mAh.

realme Pad Mini

Julat harga: RRP RM699 – RM799; Dapatkannya daripada RM674 di PriceShop

Mari lihat pula pilihan mini yang hebat ini. realme Pad Mini adalah pilihan yang sempurna untuk pelajar yang tidak kisah tentang saiz tablet. Ia adalah tablet yang paling ringan dalam senarai, dengan berat hanya 372g. Ia juga salah satu yang paling nipis dengan ketebalan 7.6mm.

Paparan tablet ini adalah 8.7″ dengan resolusi 1340 x 800px. Anda akan mempunyai tiga mod skrin yang akan memudahkan tugas-tugas membaca. Anda boleh memilih antara Mod Kenyamanan Mata untuk pancaran cahaya yang rendah; Mod Membaca untuk pengalaman membaca seperti di atas kertas; atau Mod Gelap, untuk paparan yang sedikit gelap.

Untuk tablet mini bajet ini, ia mempunyai bateri 6,400mAh yang mengagumkan serta menyokong Pengisian Pantas 18W.

Kami telah menyenaraikan tablet terbaik untuk pelajar. Sekarang, anda hanya perlu mencarinya! Tidak tahu di mana untuk mula? Cukup kunjungi PriceShop untuk mendapatkan harga terbaik dari penjual yang dipercayai di Malaysia!

Jika anda seorang pelajar, pastikan untuk menyemak dahulu beberapa program eksklusif untuk pelajar bagi mendapatkan diskaun pembelian yang hebat!

Static PS article footer (PNG)