Laman Utama / Gajet / Bukan – titik hitam di bahagian atas iPhone anda bukanlah pepijat

Bukan – titik hitam di bahagian atas iPhone anda bukanlah pepijat


By Editor Mei 13, 2025

Perasan tak ada satu titik hitam kecil di sebelah Dynamic Island di skrin iPhone anda? Ramai ingat itu pepijat (bug) atau masalah skrin—sampai jadi topik hangat di subreddit r/iphone. Tapi sebenarnya, ia bukanlah pepijat!

Sumber Gambar: Reddit

Misteri titik hitam itu kini terjawab, dan rupa-rupanya ia hanyalah Titik Penunjuk Privasi (Privacy Indicator Dot) yang telah dialihkan susulan kemas kini iOS 18.4. Bagi yang tidak tahu, Titik Penunjuk Privasi akan menyala hijau apabila kamera sedang digunakan, dan jingga apabila mikrofon diaktifkan oleh aplikasi.

Ianya bukanlah ciri baharu, tetapi sebelum ini titik tersebut diletakkan di dalam Dynamic Island, menjadikannya tersembunyi sehinggalah ia menyala. Namun, seperti yang disahkan oleh MacRumors, Apple telah mengubahnya. Kini, apabila terdapat aktiviti dalam Dynamic Island, penunjuk privasi akan beralih ke tepi, itulah sebab anda kini melihat titik hitam janggal di sebelah ‘pulau’ tersebut.

Tidak jelas sama ada ini hanya sementara, atau Apple akan mengubah lokasi penunjuk ini dalam kemas kini iOS 18.5 yang akan datang.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!