Laman Utama / Panduan Pembelian / Telefon terbaik bawah RM3000 di Malaysia (2025): Model pertengahan atas antara RM2000 – RM3000

Telefon terbaik bawah RM3000 di Malaysia (2025): Model pertengahan atas antara RM2000 – RM3000


By Alyaa Najwa April 24, 2025

Artikel ini dikemas kini pada 22 April 2025

Ada bajet, tapi tak nak berbelanja terlalu besar? Kami faham dilema anda. Jika anda mempunyai wang lebih dan ingin menaik taraf telefon pintar tanpa bebankan kewangan, segmen pertengahan atas inilah yang paling sesuai untuk anda.

Telefon kategori pertengahan atas berharga antara RM2,000 hingga RM3,000. Ia bukanlah peranti flagship sepenuhnya, tetapi juga bukan terlalu bajet hingga mengorbankan ciri unik utama. Selalunya, telefon dalam julat harga ini adalah varian ‘ringan’ kepada model flagship yang lebih mahal, tetapi masih mengekalkan ciri utama dalam siri berkenaan.

Contohnya, jika model flagship mempunyai kamera utama, kamera telefoto dan ultra-lebar, versi pertengahan atas mungkin hanya datang dengan kamera utama dan ultra-lebar. Dalam kes ini, walaupun anda tidak mendapat lensa telefoto, namun anda masih dapat menikmati kualiti kamera utama setaraf flagship untuk mengambil gambar.

Telefon sebegini sangat sesuai untuk individu yang berjimat cermat tetapi inginkan prestasi tinggi. Jadi, jika anda mencari telefon dengan ciri hebat dalam harga lebih berpatutan, ini senarai telefon terbaik di Malaysia di bawah RM3,000.

Telefon bawah RM3,000 di Malaysia

POCO F7 Ultra

POCO F7 Ultra
  • Harga: RM2,999 (12GB/256GB), RM3,299 (16GB/512GB)
  • Pemproses: Snapdragon 8 Elite
  • Paparan: 6.67″ AMOLED, WQHD+ (3200×1440), 120Hz, 3,200nits (puncak), POCO Shield Glass
  • Kamera: 50MP utama + 50MP telefoto ‘floating’ + 32MP ultra-lebar
  • Bateri: 5,300mAh, 120W berwayar, 50W tanpa wayar
  • 5G: YA
  • Tarikh Pelancaran: Mac 2025

POCO F7 Pro

POCO F7 Pro
  • Harga: RM2,299 (12GB/256GB), RM2,499 (12GB+512GB)
  • Pemproses: Snapdragon 8 Gen 3
  • Paparan: 6.67″ AMOLED, WQHD+ (3200×1440), 120Hz, 3,200nits (puncak), Gorilla Glass 7i
  • Kamera: 50MP utama + 8MP ultra-lebar
  • Bateri: 6,000mAh, 90W berwayar
  • 5G: YA
  • Tarikh Pelancaran: Mac 2025

ROG Phone 9 FE

ROG Phone 9 FE
  • Harga: RM2,999 (12GB/256GB)
  • Pemproses: Snapdragon 8 Gen 3
  • Paparan: 6.78″ E6 AMOLED, FHD+ (2400×1080), 185Hz, 2,500nits (puncak)
  • Kamera: 50MP utama + 13MP ultra-lebar + 5MP makro
  • Battery: 5,500mAh; 65W berwayar, 15W tanpa wayar
  • 5G: YA
  • Tarikh Pelancaran: Mac 2025

vivo V50

vivo V50
  • Harga: RM1,999 (12GB/256GB), RM2,399 (12GB/512GB)
  • Pemproses: Snapdragon 7 Gen 3
  • Paparan: 6.77″ AMOLED, FHD+ (2392×1080), 120Hz, 4,500nits (puncak)
  • Kamera: 50MP utama + 50MP ultra-lebar
  • Bateri: 6,000mAh, 90W berwayar
  • 5G: YA
  • Tarikh Pelancaran: Mac 2025

iPhone 16e

iPhone 16e
  • Harga: RM2,999 (128GB), RM3,499 (256GB), RM4,499 (512GB)
  • Pemproses: A18 (GPU 4-teras)
  • Pemproses: 6.1″ Super Retina XDR OLED, 1170×2532, 60Hz, 1,200nits (puncak), Ceramic Shield
  • Kamera: 48MP Fusion
  • Bateri: 4,005mAh; Pengecasan 50% dalam 30 minit
  • 5G: YA
  • Tarikh Pelancaran: Februari 2025

OPPO Reno13 Pro 5G

OPPO Reno13 Pro 5G
  • Harga: RM2,999 (12GB/512GB)
  • Pemproses: Dimensity 8350
  • Paparan: 6.83″ AMOLED, FHD+ (1272×2800), 120Hz, 1,200nits (HBM), Gorilla Glass 7i
  • Kamera: 50MP utama + 50MP telefoto + 8MP ultra-lebar
  • Bateri: 5,640mAh, 80W berwayar
  • 5G: YA
  • Tarikh Pelancaran: Januari 2025

OPPO Reno13 5G

OPPO Reno13 5G
  • Harga: RM2,299 (12GB/256GB), RM2,599 (12GB/512GB)
  • Pemproses: Dimensity 8350
  • Paparan: 6.59″ AMOLED, FHD+ (1256×2760), 120Hz, 1,200nits (HBM), Gorilla Glass 7i
  • Kamera: 50MP utama + 8MP ultra-lebar + 2MP kedalaman
  • Bateri: 5,600mAh, 80W berwayar
  • 5G: YA
  • Tarikh Pelancaran: Januari 2025

HUAWEI nova 13 Pro

HUAWEI nova 13 Pro
  • Harga: RM2,399 (12GB/512GB)
  • Pemproses: Kirin 8000
  • Paparan: 6.76″ OLED, FHD+ (2776×1224), 120Hz
  • Kamera: 50MP utama + 12MP potret telefoto + 8MP ultra-lebar
  • Bateri: 5,000mAh, 100W berwayar
  • 5G: TIDAK
  • Tarikh Pelancaran: Disember 2024

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!