Laman Utama / Gaya Hidup / Rakyat Malaysia menang Xiaomi Imagery Award dengan telefon Xiaomi 14T Pro. Ini hasil gambarnya

Rakyat Malaysia menang Xiaomi Imagery Award dengan telefon Xiaomi 14T Pro. Ini hasil gambarnya


By Editor Mei 20, 2025
Chin Woon, the winner of the Xiaomi Imagery Awards 2024 Malaysia for the Photo Essay category and Xiaomi 14T Pro

Xiaomi Imagery Awards 2024 Malaysia telah melabuhkan tirainya dan kita akhirnya mempunyai pemenang. Bagi yang belum tahu, Xiaomi Imagery Awards ialah pertandingan fotografi tahunan yang dianjurkan oleh Xiaomi.

Pertandingan ini menggalakkan para pencipta untuk meraikan fotografi, dengan mengetengahkan potensi hebat yang boleh dicapai menggunakan kamera hasil kerjasama Xiaomi dan Leica. Kerjasama jangka panjang antara kedua-dua jenama ini memberi tumpuan kepada teknologi kamera telefon pintar, dengan lensa dan sistem pengimejan rekaan Leica yang disematkan dalam peranti Xiaomi.

Menariknya, kamera yang dihasilkan bersama Leica ini bukan eksklusif untuk telefon flagship sahaja. Siri pertengahan Xiaomi seperti Siri T juga menerima sentuhan Leica. Salah satu yang terbaharu ialah Siri Xiaomi 14T, yang digunakan oleh Chin Woon, pemenang kategori Photo Essay untuk Xiaomi Imagery Awards 2024.

Chin Woon, the winner of the Xiaomi Imagery Awards 2024 Malaysia for the Photo Essay category
Chin Woon, pemenang Xiaomi Imagery Awards 2024 Malaysia bagi kategori Photo Essay

Xiaomi 14T Pro menjadi pilihan Chin Woon. Karya foto eseinya yang bertajuk “The Precision of Nature: Dayak Iban Sarawak” menampilkan budaya Dayak Iban dalam sembilan keping gambar yang memukau. Foto esei tersebut kemudiannya dinobatkan sebagai terbaik keseluruhan dan melayakkan Chin Woon memenangi hadiah utama berjumlah RM10,000.

Sumber Gambar: Chin Woon
Sumber Gambar: Chin Woon
Sumber Gambar: Chin Woon
Sumber Gambar: Chin Woon
Sumber Gambar: Chin Woon

Kemenangan Chin Woon dengan hanya menggunakan Xiaomi 14T Pro membuktikan bahawa kehebatan fotografi bukan hanya bergantung pada kamera mahal, tetapi juga bergantung pada kemahiran dan kepekaan jurugambar itu sendiri.

Untuk makluman, Xiaomi 14T Pro bermula pada harga RM2,599, jauh lebih mampu milik berbanding kamera profesional berharga tinggi. Sementara itu, Xiaomi 14T pula bermula pada harga RM1,899.

Jika anda berminat untuk mendapatkan peranti yang sama digunakan oleh pemenang, ada berita baik untuk anda. Promosi untuk Siri Xiaomi 14T sedang berlangsung! Promosi ini bermula dari 9 Mei hingga 5 Jun 2025, dengan harga promosi untuk Xiaomi 14T dan 14T Pro seperti berikut:

  • Xiaomi 14T (12GB/256GB) – RM1,699 (daripada RM1,899)
  • Xiaomi 14T (12GB/512GB) – RM1,999 (daripada RM2,199)
  • Xiaomi 14T Pro (12GB/256GB) – RM2,299 (daripada RM2,599)
  • Xiaomi 14T Pro (12GB/512GB) – RM2,599 (daripada RM2,999)
  • Xiaomi 14T Pro (12GB/1TB) – RM2,999 (daripada RM3,499)

Turut dijual dalam promosi ini adalah peranti lain seperti tablet Xiaomi dan perkakas dapur pintar. Untuk maklumat lanjut, nantikan kemas kini di laman web rasmi Xiaomi dan juga Facebook rasmi mereka!

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!