Promosi terbaharu Astro buat anda rasa nak jadi penjawat awam

Astro baru sahaja melancarkan pakej hiburan baharu khas untuk penjawat awam. Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam ini kini tersedia untuk dinikmati oleh 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.
Di bawah tawaran ini, pelanggan yang layak boleh menikmati penjimatan sehingga RM960 untuk pakej Astro One, selain akses percuma untuk Pakej Kanak-Kanak (Kids Add-On) dan pemasangan percuma menggunakan Plug and Play.
Secara khusus, penjawat awam boleh melanggan Astro One Entertainment pada harga hanya RM39.99 sebulan, turun daripada kadar biasa RM49.99 sebulan. Pakej ini memberikan akses kepada lebih 100 saluran, termasuk akses percuma ke Astro GO.


Bagi yang mahukan pakej lebih lengkap, penjawat awam boleh memilih Astro One Sports dengan hanya RM69.99 sebulan, jauh lebih menarik daripada harga asal RM99.99. Pelanggan akan mendapat semua faedah dari pakej Astro One Entertainment, ditambah saluran sukan yang menyiarkan secara langsung liga dan kejohanan popular seperti Liga Perdana Inggeris, acara BWF, Liga Malaysia, Formula 1, MotoGP dan banyak lagi.
Pakej ini turut disertakan Kids Add-On percuma, dengan akses kepada enam saluran kanak-kanak seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan lain-lain.
Jika anda pelanggan yang layak dan berminat untuk mendaftar, anda boleh berbuat demikian di laman rasmi Astro. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Astro melalui WhatsApp di +60 3-9543 3838.
Perlu diingat, anda perlu menyediakan bukti pekerjaan dalam sektor awam untuk memohon. Pakej ini turut ditawarkan kepada pesara penjawat awam, di mana kad pencen diperlukan untuk pengesahan.
Sumber: [1] Astro
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

