Langganan PlayStation Plus akan alami pelarasan harga ketara bermula 16 April

Pengguna aktif PlayStation Plus perlu bersedia untuk kenaikan harga yang ketara, susulan pengumuman rasmi oleh pihak PlayStation mengenai pelarasan harga langganan mereka.
Dalam satu hantaran di blog rasmi PlayStation, syarikat itu menyatakan bahawa keadaan pasaran global yang mencabar menjadi antara faktor utama kenaikan ini. Mereka juga memberi jaminan bahawa harga baharu ini akan membolehkan mereka untuk terus menawarkan permainan berkualiti tinggi serta faedah tambahan kepada pelanggan.
Harga baharu akan mula berkuat kuasa pada 16 April 2025, dan akan memberi kesan kepada pengguna di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Berikut ialah harga baharu untuk setiap pelan langganan PlayStation Plus:
- PlayStation Plus Essential
- 1 bulan langganan – RM35 (naik daripada RM32)
- 3 bulan langganan – RM95 (naik daripada RM75)
- 12 bulan langganan – RM285 (naik daripada RM235)
- PlayStation Plus Extra
- 1 bulan langganan – RM55 (naik daripada RM49)
- 3 bulan langganan – RM155 (naik daripada RM125)
- 12 bulan langganan – RM490 (naik daripada RM400)
- PlayStation Plus Deluxe
- 1 bulan langganan – RM65 (naik daripada RM55)
- 3 bulan langganan – RM185 (naik daripada RM145)
- 12 bulan langganan – RM575 (naik daripada RM460)

Bagi pelanggan sedia ada, kenaikan harga ini hanya akan berkuat kuasa pada kitaran bil seterusnya iaitu pada atau selepas 24 Jun 2025. Namun, sebarang perubahan ke atas langganan – seperti naik taraf, turun taraf, atau penambahan masa langganan – yang dibuat bermula 16 April akan dikenakan harga baharu secara automatik.
Sumber: [1] PlayStation Plus
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!