Laman Utama / Gaya Hidup / Dapatkan pin edisi terhad dari Apple dengan menutup Apple Watch Activity Rings pada 24 April

Dapatkan pin edisi terhad dari Apple dengan menutup Apple Watch Activity Rings pada 24 April


By Alyaa Najwa April 17, 2025

Andai ada waktu paling sesuai untuk pengguna Apple Watch lengkapkan Activity rings mereka, 24 April mungkin tarikhnya. Pada hari tersebut, Apple akan menganjurkan Global Close Your Rings Day khas untuk para pengguna Apple Watch, lengkap dengan anugerah edisi terhad yang boleh dimenangi.

Cabaran ini cukup mudah difahami. Semua pengguna Apple Watch hanya perlu lengkapkan ketiga-tiga Activity rings – Move, Exercise, dan Stand – pada 24 April untuk menebus ganjaran mereka. Anugerah edisi terhad ini merangkumi 10 pelekat animasi dan lencana animasi khas untuk digunakan dalam Messages. Selain itu, pengguna juga layak untuk menerima pin fizikal edisi khas, yang boleh dikumpul di lokasi Apple Store terpilih di seluruh dunia (selagi stok masih ada – jadi cepat-cepatlah lengkapkan ring tu!).

Jika anda rasa sukar untuk menjadi aktif, ingatlah bahawa setiap matlamat untuk Activity ring boleh disesuaikan mengikut keperluan anda. Ini membolehkan anda menetapkan sasaran yang realistik dan sesuai dengan gaya hidup anda, sambil menggalakkan rutin yang lebih sihat dan aktif.

Dengan berkomitmen untuk melengkapkan Activity rings anda, ia boleh membantu membentuk tabiat gaya hidup yang sihat. Menurut Apple, pengguna yang menutup Activity rings mereka adalah 48% kurang berkemungkinan mengalami kualiti tidur yang buruk, 73% kurang berkemungkinan mempunyai kadar degupan jantung rehat yang tinggi, dan 57% kurang berkemungkinan mengalami tahap tekanan yang tinggi. Untuk makluman, kajian ini dijalankan oleh Apple Heart and Movement Study dengan kerjasama Brigham and Women’s Hospital dan American Heart Association.

Sumber: [1] Apple

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!