Laman Utama / Gaya Hidup / Xiaomi perkenal MiMo, model AI sumber terbuka menyaingi OpenAI dan Alibaba

Xiaomi perkenal MiMo, model AI sumber terbuka menyaingi OpenAI dan Alibaba


By Editor Mei 2, 2025
Sumber Gambar: CGTN

Gergasi teknologi pengguna Xiaomi baru-baru ini telah memperkenalkan model kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka miliknya sendiri, MiMo. Menurut jenama yang berpangkalan di China itu, model AI ini dibangunkan sepenuhnya secara dalaman, dan bahkan mengatasi model o1-mini milik OpenAI serta QwQ-32B-Preview milik Alibaba dalam aspek penaakulan matematik dan pengekodan.

Pelancaran MiMo selari dengan laporan terdahulu bahawa Xiaomi sedang membina kapasiti pengkomputerannya, termasuk mendapatkan kira-kira 10,000 unit pemproses grafik (GPU) bagi tujuan latihan model AI mereka. Selain itu, jenama tersebut juga dikatakan pernah cuba merekrut Luo Fuli, seorang kakitangan DeepSeek yang banyak menyumbang kepada pembangunan model DeepSeek-V2, namun tidak berjaya.

Langkah Xiaomi dalam membangunkan model bahasa raya (LLM) miliknya berpunca daripada matlamat untuk mengintegrasikan teknologi AI dalaman ke dalam produknya, termasuk kenderaan elektrik (EV), telefon pintar, dan peralatan rumah pintar.

Menurut Xiaomi, MiMo telah dilatih menggunakan kaedah pembelajaran pengukuhan (reinforcement learning) oleh pasukan khas AI jenama itu yang dikenali sebagai Core.

Sumber: [1] South China Morning Post

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!