Earbud Wireless Liberty 5 soundcore Rasmi Dilancar di Malaysia

soundcore, sub-jenama audio bagi Anker, telah melancarkan fon telinga tanpa wayar (wireless earbuds) terbarunya, soundcore Liberty 5, ke pasaran Malaysia. Liberty 5 hadir dengan pemacu 9.2mm yang ditala khas, menggunakan diafragma bio berasaskan kertas bulu (wool paper bio-diaphragm) untuk meningkatkan kejelasan frekuensi pertengahan dan tinggi. Earbud ini turut menerima pensijilan Hi-Res Wireless dan menyokong codec LDAC untuk penstriman audio berkualiti tinggi secara tanpa wayar.

Salah satu ciri utama Liberty 5 ialah Adaptive ANC 3.0, yang menggunakan algoritma AI untuk melaras prestasi pembatalan hingar sebanyak tiga kali sesaat. Sistem ini turut direka untuk mengurangkan bunyi angin semasa panggilan telefon atau ketika mendengar muzik di luar, memberikan pengalaman audio yang lebih bersih dan selesa dalam pelbagai situasi.
Dari segi hayat bateri, ia boleh bertahan 12 jam dengan sekali cas, dan sehingga 48 jam dengan bantuan bekas pengecas. Cas pantas selama 10 minit membolehkan penggunaan sehingga 5 jam. Liberty 5 juga menyokong sambungan dua peranti serentak dan menggunakan Bluetooth 5.4. Setiap earbud hanya seberat 4.6 gram, dan ia diberikan penarafan IP55 untuk ketahanan terhadap habuk dan percikan air. Terdapat enam mikrofon untuk menjamin panggilan suara yang lebih jelas dan mengurangkan bunyi persekitaran.

Dari segi pilihan warna, Liberty 5 tersedia dalam warna Hitam, Putih, Biru Navy dan Aprikot.
soundcore Liberty 5 dijual secara rasmi pada harga RM359 di Malaysia. Namun, dari 27 Mei hingga 19 Jun, ia ditawarkan pada harga promosi RM329. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, pembelian boleh dibuat melalui kedai rasmi Anker di Shopee dan Lazada.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

