Laman Utama / Gajet / vivo V50 Lite 5G: Wira Ketahanan 6,500mAh yang Hapuskan Kebimbangan Bateri

vivo V50 Lite 5G: Wira Ketahanan 6,500mAh yang Hapuskan Kebimbangan Bateri


By Editor Jun 23, 2025

Apa yang lebih teruk daripada rasa gelisah kerana putus cinta? Rasa gelisah bila bateri telefon hampir habis. Situasi bateri telefon tinggal nyawa-nyawa ikan memang buat semua orang panik, lebih-lebih lagi bila jauh dari plug dan satu-satunya harapan nak balik rumah cuma peta dalam telefon.

Rasa macam kereta tersangkut dalam kesesakan jalan raya dengan tangki minyak hampir kosong.

Mujurlah situasi cemas ini mungkin takkan berlaku lagi. Seolah-olah mendengar doa pengguna, vivo kini tampil menyelamatkan keadaan dengan vivo V50 Lite 5G, yang menjanjikan “Teknologi Flagship Eksklusif, Hayat Bateri Luar Biasa.” Soal patah hati mungkin kita belum ada jawapannya, tapi untuk atasi ‘battery anxiety’, ianya semudah mencapai sahaja telefon terbaru dari vivo ini.

Tetapi vivo V50 Lite 5G bukan sekadar telefon pintar dengan bateri besar. Setiap perincian dan teknologi dalam telefon ini telah dirancang dengan teliti, cukup untuk menemani anda sepanjang hari. Jom tengok apa yang membuatkan peranti ini begitu istimewa.

Bateri BlueVolt 6,500mAh yang Sangat Besar

Kelebihan utama vivo V50 Lite 5G terletak pada bateri BlueVolt 6,500mAh yang sangat besar. Ini merupakan peningkatan ketara berbanding pilihan lain dalam julat harga yang sama. Malah, kapasiti ini hampir dua kali ganda lebih besar berbanding sesetengah telefon flagship yang masih menggunakan bateri kurang daripada 4,000mAh.

Bateri 6,500mAh pada vivo V50 Lite 5G menjanjikan ketahanan sepanjang hari, dan mungkin lebih. Untuk anda yang mahukan angka: telefon ini mampu memainkan YouTube sehingga 27 jam dan membolehkan anda melayari TikTok lebih 15 jam tanpa henti. Dengan ketahanan sebegini, anda tak perlu risau telefon kehabisan bateri walaupun melalui hari yang sibuk dan panjang.

Seperti yang dinyatakan dalam slogannya: Cas Sekali, Bertahan Berhari-hari. Dan bercakap soal itu, mari kita bincangkan tentang pengecasan.

Pengecasan 90W Terpantas Dalam Kelasnya

Salah satu kebimbangan utama apabila menggunakan telefon pintar dengan bateri bersaiz besar ialah tempoh masa yang diperlukan untuk mengecas penuh. Ia sememangnya kebimbangan yang wajar dan ramai juga pernah mengalami situasi mengecewakan dalam hal ini. Tetapi itu bukan masalah dengan vivo V50 Lite 5G.

Telefon ini menggabungkan ketahanan bateri yang luar biasa dengan pengecasan pantas yang mengagumkan. Dengan sokongan pengecasan 90W, vivo V50 Lite 5G mengatasi kebanyakan pesaing dan berada di kedudukan teratas dalam kelasnya. Ianya begitu pantas sehingga boleh mencapai 50% dalam masa anda bersiap, dan penuh 100% sebelum anda menghabiskan sesi “get ready with me” yang panjang itu.

Jika anda risau tentang isu kepanasan ketika mengecas, usah bimbang. vivo V50 Lite 5G dilengkapi dengan perlindungan keselamatan 24-Dimensi, memastikan proses pengecasan kekal selamat dan stabil.

Selain daripada kapasiti bateri 6,500mAh dan pengecasan pantas 90W, satu lagi kelebihan utama bateri BlueVolt ialah ketahanannya yang luar biasa. vivo menjanjikan Jaminan Kesihatan Bateri Selama 5 Tahun, yang memastikan bateri mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti walaupun selepas 1,700 kitaran cas penuh.

Dan jangan lupa, vivo V50 Lite 5G juga menyokong pengecasan tanpa wayar secara terbalik. Ini membolehkan anda mengecas peranti lain dengan mudah—termasuk telefon flagship rakan anda yang hanya mempunyai bateri 4,000mAh.

Bateri besar dalam kerangka yang sangat nipis

Sama seperti kecantikan dalaman anda yang sukar dijangka, anda pasti tidak menyangka bahawa bateri vivo V50 Lite 5G mampu memberikan impak sebegitu. Walaupun menempatkan bateri besar dan tahan lama, vivo tetap berjaya mengekalkan reka bentuk telefon yang sangat nipis.

Dengan ketebalan hanya 7.79mm, vivo V50 Lite 5G muat dengan selesa dalam mana-mana poket. Tiada lagi bonjolan pelik yang buat telefon anda nampak seperti ‘lemas’ dalam seluar. Tambahan pula, beratnya hanya 197g, tak terasa seperti membawa seketul batu bata dalam beg tangan.

Apa rahsianya? Ianya hasil inovasi seperti Carbon Recomposition, Electrode Reshaping, dan Laser Etching. Teknologi inilah yang melahirkan bateri BlueVolt, membolehkan telefon tampil dengan profil yang lebih nipis tanpa mengorbankan ketahanan bateri.

Lebih daripada sekadar raja bateri

Agak janggal untuk mengesyorkan sebuah telefon yang hanya bergantung pada jangka hayat baterinya sebagai tarikan utama. Kemungkinan besar, anda juga mengharapkan ciri-ciri lain yang melengkapkan pengalaman penggunaan harian. Berita baiknya, vivo V50 Lite 5G menawarkan lebih daripada sekadar bateri besar.

Ciri yang tidak kurang pentingnya ialah ketahanan fizikal telefon. Perkara terakhir yang anda mahukan adalah telefon yang mudah rosak apabila terjatuh. Oleh itu, pensijilan Rintangan Jatuh Gred Ketenteraan Lima-Bintang SGS adalah satu kelebihan yang amat dialu-alukan. Struktur Penyerap Hentakan Menyeluruh dan kaca pelindung Shield Glass pada vivo V50 Lite 5G meningkatkan daya tahan terhadap hentakan dan calar harian. Tambahan pula, penarafan IP65 untuk ketahanan debu dan percikan air memastikan telefon ini mampu bertahan dalam pelbagai keadaan persekitaran.

Jika anda mementingkan prestasi kamera, vivo V50 Lite 5G hadir dengan kamera utama 50MP yang menggunakan sensor Sony IMX882. Sensor ini meningkatkan keupayaan telefon untuk menangkap cahaya, menghasilkan gambar yang jelas dan terang tidak kira siang atau malam. Untuk rakaman luar, jarak fokus 2x “golden focal length” serta kamera ultra-lebar 8MP memberikan fleksibiliti untuk merakam detik-detik istimewa dengan pelbagai perspektif.

Dan seperti yang dijangka daripada siri V yang terkenal dari vivo, model ini turut dilengkapi dengan ciri Aura Light pintar untuk efek pencahayaan semula jadi yang menjadikan setiap swafoto tampil berseri dan menawan.

Artikel ini dibawakan khas oleh vivo Malaysia