Unifi tawar akses percuma Vidio sempena promosi Raya

Sempena promosi Hari Raya yang sedang berlangsung, Unifi menawarkan percubaan percuma selama sebulan untuk perkhidmatan penstriman dari Indonesia, Vidio. Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan Unifi TV dan Unifi Home, dan boleh ditebus melalui aplikasi MyUnifi atau portal Unifi Selfcare. Walau bagaimanapun, jika anda sudah melanggan Vidio secara à la carte, anda tidak layak untuk menyertai promosi ini.
Tawaran ini terhad dari 24 Mac hingga 23 April 2025. Sekiranya pelanggan ingin menghentikan langganan, mereka boleh berbuat demikian pada bila-bila masa sebelum tempoh percubaan tamat.
Pelanggan yang tidak memilih untuk berhenti akan dikenakan caj langganan secara automatik bermula bulan kedua, pada harga RM8.40/sebulan.

Sebagai platform berasaskan Indonesia, kandungan Vidio terdiri daripada drama dan siaran sukan popular dari negara tersebut. Antara yang popular termasuk Santri Pilihan Bunda 2, Azzamine, Magic 5, dan BRI Liga 1 – liga bola sepak utama Indonesia.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, sila lawati laman web rasmi Unifi.
Sumber: [1] Unifi
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

