Samsung Perkenal TV AI Baharu dan Bar Bunyi Premium Bersama Platform Vision AI

Samsung secara rasmi telah memperkenalkan barisan TV AI 2025 dan bar bunyi premium terbarunya. Dalam acara yang sama, jenama itu turut memperlihatkan platform Samsung Vision AI, iaitu teknologi yang memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman rumah pintar yang lebih intuitif dan sangat diperibadikan.
Salah satu ciri menarik Vision AI ialah Universal Gesture. Ia membolehkan pengguna mengawal TV Samsung mereka menggunakan Galaxy Watch7 melalui gerakan tangan. Contohnya, menggoyangkan pergelangan tangan akan mengaktifkan kursor, mencubit jari untuk memilih item, menggenggam tangan untuk kembali ke skrin sebelumnya, dan memutar bezel Galaxy Watch7 untuk menatal.

Mengetuai barisan TV AI Samsung 2025 ialah Neo QLED 8K TV QN990F, yang ditawarkan dalam saiz 75 inci dan 85 inci. TV ini dilengkapi pelbagai ciri berasaskan AI seperti 8K AI Upscaling Pro, AI Motion Enhancer Pro, dan Real Depth Enhancer — semuanya menyumbang kepada paparan yang tajam dan pergerakan visual yang lancar.
Menurut Samsung, teknologi Vision AI ini juga akan diperluas kepada barisan Neo QLED 4K, OLED dan QLED mereka.

Melengkapkan barisan TV AI Samsung ialah beberapa bar bunyi baharu, termasuk HW-Q990F, HW-Q930F, HW-Q800F, dan HW-QS700F. Bar bunyi ini menjanjikan pengalaman audio sinematik dengan Wireless Dolby Atmos. Tambahan pula, Samsung menyatakan bahawa subwoofer kini 50% lebih kecil, menjadikannya lebih sesuai untuk bilik dan apartmen bersaiz sederhana.


TV AI Samsung kini dibuka untuk pra-tempahan hingga 1 Jun 2025. Pelanggan akan menerima bar bunyi premium percuma (bernilai hingga RM6,499) dengan pra-tempahan model terpilih.
Jika anda telah mendaftar minat melalui Samsung Reservation+, anda boleh tebus baucar RM100 anda di sini. Cara untuk membuat pra-tempahan:
- Layari Samsung Online Store atau pengedar sah di seluruh negara
- Pilih model TV AI 2025 anda
- Gunakan baucar SR+ anda (jika berkenaan) dan teruskan ke pembayaran
- Tebus hadiah percuma anda melalui Samsung Redemption Portal dari 13 Mei hingga 15 Julai 2025
Jika anda ingin merasai sendiri kehebatan Vision AI, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Samsung 2025 AI TV Roadshow yang berlangsung dari 21 hingga 25 Mei 2025 di 1 Utama Shopping Centre, Aras Bawah, Oval Concourse.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

