Touch ‘n Go Lancar ‘Charm’ Baharu Edisi Pickleball Pada Harga RM30

Peminat tegar sukan pickleball pasti teruja dengan pengenalan charm Edisi Pickleball baharu oleh Touch ‘n Go. Charm ini menampilkan rekaan mini paddle pickleball dengan dua pilihan warna: merah jambu dan hijau.
Charm ini dijual pada harga RM30 setiap satu dan boleh dibeli menerusi platform rasmi Shopee Touch ‘n Go serta kedai dalam taliannya. Ia turut ditawarkan di hab fizikal TNG di Bangsar South dan Nu Sentral.

Charm TNG boleh digunakan seperti Kad Touch ‘n Go Enhanced. Pengguna boleh menambah nilai ke dalam charm tersebut dan menggunakannya untuk pelbagai bayaran tanpa tunai, termasuk tol, caj parkir, serta perkhidmatan pengangkutan awam seperti terminal LRT dan MRT.
Pengguna juga boleh memautkan Pas My50 kepada charm TNG sama seperti Kad TNG Enhanced. Berikut ialah panduan langkah demi langkah untuk membeli Pas My50 menggunakan aplikasi TNG eWallet.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

