Laman Utama / Panduan Pembelian / 5 Telefon Pintar Terbaik 2024 Bawah RM1000—Peranti Hebat, Harga Berpatutan!

5 Telefon Pintar Terbaik 2024 Bawah RM1000—Peranti Hebat, Harga Berpatutan!


Ogos 1, 2024

Dengan kemajuan teknologi yang pesat pada masa kini, terdapat banyak peranti pintar pelbagai guna yang boleh didapati di pasaran. Peranti ini hadir dengan pelbagai pilihan, fungsi, dan harga, termasuk model yang direka khusus untuk pemain permainan.

Di PriceShop, kami mengambil berat terhadap keprihatinan pengguna dalam memilih telefon pintar yang berpatutan dan mampu milik serta pada masa yang sama menawarkan fungsi dan prestasi yang memuaskan. Oleh itu, berikut, PriceShop menyenaraikan lima telefon pintar terbaik dalam pasaran di bawah harga RM1000 untuk rujukan anda.

1. POCO M6 4G

Dengan harga bermula dari RM538, POCO M6 4G direka khusus untuk meningkatkan kepuasan pengguna. Dilengkapi dengan kamera gred profesional 108MP yang mengagumkan, ia memberikan kejelasan luar biasa dan kualiti gambar serta video yang mengagumkan. Fungsi zum dalam-sensor 3X memastikan setiap butiran ditangkap dengan sempurna, mencipta impian setiap jurugambar.

Bukan sahaja sesuai untuk pencinta fotografi, POCO M6 4G juga menawarkan pengalaman luar biasa untuk peminat permainan video mudah alih. Dikuasakan oleh pemproses Helio G91-Ultra dan disediakan dengan pilihan storan 6 + 128GB atau 8 + 256GB, peranti ini menjamin prestasi sepantas kilat untuk bermain permainan, multitasking, dan penstriman tanpa masalah. Paparan 6.79″ FHD+ yang luas dengan kadar penyegaran 90Hz pengalaman tontonan yang mengagumkan, menghidupkan kandungan kegemaran anda dengan visual yang lancar dan berwarna-warni. Dengan pensijilan TÜV Rheinland, mata anda akan dilindungi semasa penggunaan yang panjang.

Akhir sekali, anda tidak perlu risau tentang penggunaan bateri. Dengan bateri besar 5030mAh dan pengecasan teknologi pantas 33W, POCO M6 4G memastikan anda boleh menggunakan telefon ini sepanjang hari tanpa kebimbangan.

Sesuai untuk:

  • Pemain E-Sport: Pemproses Helio G91-Ultra yang berkuasa dan memaparkan 6.79” yang besar dengan kadar penyegaran 90Hz pilihan yang sesuai untuk peminat permainan. Kapasiti bateri yang tinggi juga memastikan sesi permainan dapat dilanjutkan tanpa mengecas semula dengan kerap.
  • Pelajar: Dengan skrin besar, jangka hayat bateri yang panjang dan prestasi yang boleh dipercayai, ia sesuai untuk pelajar yang memerlukan telefon untuk tujuan pendidikan, penyelidikan serta pembelajaran mudah alih.
  • Pekerja/Profesional: Ia menyediakan kuasa dan saiz yang diperlukan untuk mengurus tugasan kerja, mengendalikan e-mel dan mencatat nota. Ketahanannya sesuai untuk pekerja dan profesional.
  • Pengguna Multimedia: Jika anda menggunakan peranti anda untuk menikmati video penstriman, menonton filem atau menyemak kandungan, paparan yang besar dan kapasiti bateri tinggi yang disediakan oleh telefon pintar ini pastinya akan memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada anda.

Peranti ini semestinya memberikan penggunanya pulangan yang bernilai dari segi pengalaman keseronokan melalui teknologi tinggi yang mengandungi prestasi luar biasa, ciri-ciri canggih dan reka bentuk yang penuh bergaya.

2. realme C65

Bermula dengan harga RM679, realme C65 direka sebagai telefon pintar dengan harga bajet yang berprestasi hebat serta ciri-ciri canggih, peranti ini membuktikan bahawa anda tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan produk yang berkualiti.

Dengan Rekaan Cahaya Sinaran Bintang yang mempersona, model ini mempunyai proses salutan 300nm 7 lapisan termaju untuk menghasilkan kesan cahaya bintang dua lapis yang menawan. Profil ultra-slim 7.64mm yang membuatkan peranti ini juga bukan sahaja kelihatan elegan namun juga memberikan keselesaan apabila ia berada di tangan pengguna.

Paparan 6.67” dengan kadar segar semula 90Hz telefon ini memastikan pengalaman yang memuaskan untuk anda yang mahu menonton atau tujuan penstriman video. Selain itu, peranti ini juga memenuhi keperluan anda bagi bermain permainan video. Dikuasakan cipset MediaTek Helio G85 dan 16GB RAM dinamik (8GB terbina dalam + 8GB DRE), ia juga membolehkan anda menjalankan pelbagai tugasan pada waktu yang sama dengan satu peranti sahaja, di samping teknologi TÜV SÜD’s Fluency A-Rating yang akan memastikan peranti ini bebas dari sebarang masalah sekatan untuk jangka masa empat tahun pertama.

Dilengkapi dengan bateri besar 5000mAh, ia secara langsung membekalkan jangka hayat bateri untuk penggunaan sepanjang hari. Dengan pengecasan pantas 45W, terpantas dalam kelasnya, hanya 30 saat pengecasan untuk 43 minit panggilan dan masa siap sedia selama 28.7 hari. Kekal berhubung tanpa mengecas semula.

Bagi peminat fotografi, kamera AI 50MP yang disediakan mampu merakam imej dengan lebih terperinci dan berkualiti tinggi, manakala ciri-ciri inovatif seperti fotografi anjakan kecondongan menambah sentuhan kreatif pada tangkapan anda. Teknologi AI Boost meningkatkan permainan dan berbilang tugas, semestinya menawarkan pengguna pengalaman yang lancar dan responsif.

Telefon pintar ini sesuai untuk:

  • Pelajar dan Profesional: Dengan storan yang mencukupi, prestasi berkuasa dan reka bentuk yang bergaya, ia bersesuaian untuk membantu golongan pengguna menguruskan tugasan harian, mesyuarat secara maya dan pelbagai lagi di samping kekal teratur.
  • Pencipta Kandungan dan Pengguna Media Sosial: Kamera 50MP resolusi tinggi dan paparan lancar yang didatangkan pada telefon ini sesuai untuk menangkap dan berkongsi kandungan berkualiti tinggi.
  • Pemain Permainan Video Kasual: Cipset yang cekap dan kadar penyegaran yang lancar memberikan pengalaman permainan yang menyeronokkan tanpa sekatan.
  • Pengembara dan Penikmat Alam Sekitar: Dengan bahan yang digunakan untuk membuat badan telefon ini serta kadar kuasa jangka baterinya yang tahan lama, peranti ini sesuai untuk dibawa bersama bagi menemani pengembaraan anda tidak kira persekitaran anda.

Menawarkan reka bentuk yang bergaya serta prestasi yang luar biasa. Peranti ini pastinya sesuai untuk anda atau pengguna yang mencari telefon pintar untuk memudahkan urusan kerja dan dalam masa yang sama bagi menemani serta mengisi hari-hari anda.

Tecno Pova 6 Neo

Didatangkan dengan harga bermula daripada RM699, peranti inovatif ini direka untuk mengatasi semua jangkaan anda dengan ciri-ciri teknologinya yang terkini bersama prestasi yang semestinya luar biasa.

Peranti ini akan memastikan anda menikmati hayat bateri yang tiada tandingan dengan kuasa 7000mAh yang sangat besar, ia menawarkan sehingga 39 jam panggilan, 11 jam permainan dan 14 jam penstriman video. Dan apabila dicas dengan jangka hayat hanya 1%, ia masih memberikan anda 20 minit waktu panggilan atau 5 minit permainan.

Mengecas dengan cekap walaupun dalam cuaca paling sejuk dengan teknologi canggihnya, yang beroperasi dengan lancar walaupun pada suhu serendah -10°C. Pengguna boleh memilih dari Cas Suhu Rendah, Cas Pintar atau Cas Hiper berdasarkan keperluan dalam masa sama telefon kekal berkuasa tidak kira keadaan.

Nikmati juga paparan yang mengasyikkan dengan rekaan skrin FHD+ 6.78” dan kadar penyegaran 120Hz, ditambah dengan Dolby Atmos untuk menghasilkan kualiti bunyi yang luar biasa. Deria Getaran 4D pada peranti ini pula menambah maklum balas yang lebih realistik pada permainan anda, sekaligus menjadikan setiap sesi terasa lebih dinamik dan menarik.

Dikuasakan dengan pemproses MediaTek G99 Ultimate dan 8GB RAM dengan storan 256GB, ia mampu mengendalikan permainan video secara mudah alih, melakukan pelbagai tugasan dan penstriman dengan mudah. Anda juga kini mampu menangkap gambar yang menakjubkan dengan kamera AI 50MP dan jika mahu, ia boleh ditingkatkan dengan LED dwi-nada 8MP dan pelbagai penapis langit.

Dengan kemaskini HiOS 14 terkini, anda menggunakan paparan skrin yang lebih dinamik dan ikon yang dikemas kini. Digabungkan dengan perisian Game Space 4.0 dan Pembantu Permainan 4.0, peranti ini memastikan prestasi permainan dan dioptimumkan di samping menjadikan permainan lebih lancar dan menyeronokkan.

Peranti ini sesuai untuk:

Penggemar Permainan: Alami prestasi terbaik, visual yang lancar dan audio yang mengasyikkan sekaligus menjadikan setiap pengalaman pengguna ketika bermain tidak dapat dilupakan.
Pengembara: Nikmati hayat bateri tahan lama dan teknologi pengecasan yang cekap untuk memastikan anda sentiasa ditemani semasa dalam perjalanan.
Pencipta: Tangkap dan cipta kandungan yang menarik dengan ciri-ciri kamera canggih dan audio yang telah dipertingkatkan kualitinya.
Penikmat Teknologi
: Rasai teknologi terkini dengan pemproses yang berkuasa, pengecasan pintar dan ciri-ciri inovatif.

Peranti ini memenuhi ciri-ciri yang mana prestasinya tiada tandingan dan merevolusikan pasaran teknologi. Tingkatkan pengalaman telefon pintar anda dan nikmati kemajuan teknologi mudah alih di hujung jari anda.

4. Vivo Y28s 5G

Dengan bermulanya harga serendah RM798, peranti ini membuka jalan kepada anda untuk ke dunia yang penuh kemungkinan dan tanpa batas! Direka dengan 6GB RAM dan 128GB storan – anda tidak perlu risau lagi tentang kemudahan ruang untuk anda menyimpan gambar, video dan aplikasi anda. Dengan profil ultra-langsingnya hanya berukuran 8.39mm dan binaan hanya seberat 185 gram, ia pastinya memenuhi keperluan anda.

Alami teknologi 5G sepantas kilat dengan MediaTek Dimensity 6300, ia berfungsi memastikan penstriman video yang lancar serta responsif yang lebih tinggi apabila anda bermain video di peranti ini. Didatangkan dengan Paparan 6.56” yang menakjubkan serta tahap kecerahan 40 nits, ia pastinya memberikan visual yang lebih berkualiti dan kelihatan walaupun berada di persekitaran yang terang. Selain itu, Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland bermakna anda boleh menikmati penggunaan berpanjangan tanpa sebarang kebimbangan kerosakan mata.

Anda kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada masalah kekurangan bateri. Dengan saiz bateri sebesar 5000mAh, ia membolehkan anda menggunakannya sepanjang hari, dan dengan teknologi Enjin Pengecas Pintar 2.0 yang canggih, anda kini mampu mengecas dengan lebih pantas dan selamat. Rasai kenikmatan dan keseronokan peranti ini tanpa sebarang gangguan lagi.

Kepada peminat fotografi, abadikan setiap detik anda dengan kamera 50MP, direka untuk menyampaikan foto yang lebih jelas dan berkualiti tinggi. Di samping mod malam yang lebih inovatif dan penapis kreatif, tangkapan waktu malam anda akan menjadi sesuatu yang mempesonakan. Selain itu, dengan rintangan habuk dan udara IP64, telefon pintar ini dibina untuk tahan lebih lama bagi menemani anda.

Telefon ini sesuai untuk:

  • Pelajar dan Profesional: Dengan storan yang besar dan prestasi yang berkuasa tinggi, ia sesuai untuk memudahkan urusan pelajar dan pekerja atau profesional menjalankan tugasan harian. Sama ada untuk melakukan ulangkaji secara maya atau bekerja dari jarak jauh, peranti ini direka khusus untuk anda.
  • Pencipta Kandungan dan Pengguna Media Sosial: Kamera 50MP dengan resolusi tinggi dan paparan bertenaga dibuat khusus untuk menangkap dan berkongsi gambar serta video berkualiti.
  • Pemain Permainan Video Mudah Alih: Nikmati pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan dengan teknologi 5G yang pantas dan set cip yang cekap yang memastikan anda terus beraksi tanpa ketinggalan.
  • Pengembara: Binaan yang tahan lasak, tahan cuaca dan bateri tahan lama memastikan ia bersedia untuk sebarang perjalanan atau cabaran luar. Peranti ini bersedia untuk menemani anda dalam pengembaraan anda.

Peranti ini semestinya menawarkan nilai kualiti serta gaya yang tiada tandingan. Tingkatkan pengalaman mudah alih anda pada hari ini!

5. OPPO A3 Pro 5G

Dengan harga RM899 untuk varian 6 + 128GB, telefon pintar berada di dalam kelasnya yang tersendiri jika anda mencari telefon pintar dengan harga bajet tetapi mempunyai prestasi yang tinggi.

Dengan menampilkan reka bentuk moden di mana penutup belakang yang berkilat serta penempatan kedudukan kameranya yang sesuai untuk pasaran Malaysia, termasuk badan perisai kalis kerosakan 360 darjah. Rekaan telefon ini dibuat untuk bertahan lama dan tahan lasak.

Sementara itu, dengan LCD 6.67” yang luas dan kadar segar semula 120Hz. Anda kini boleh menstrim rancangan kegemaran, menyemak imbas media sosial atau menikmati permainan video. Dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6300, peranti ini menyediakan prestasi berbilang tugas yang cekap dan lancar, menjadikannya pilihan utama untuk kerja dan bermain.

Dengan 6GB RAM dan 128GB storan UFS 2.2, anda kini mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan gambar, video atau aplikasi media sosial termasuk urusan harian kertas kerja anda. Di samping itu, dengan pengecas 45W SuperVOOC meningkatkan bateri anda kepada 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Abadikan setiap detik dengan kamera utama 50MP, yang memberikan kualiti gambar yang jelas dan terperinci di samping swafoto yang menakjubkan dengan kamera hadapan 8MP. Algoritma AI lanjutan meningkatkan imej anda, memastikan ia sangat jelas dan hiper-realistik, menjadikan memori anda lebih berharga.

Sesuai untuk:

  • Pelajar dan Profesional: Sesuai untuk mengurus dokumen, mesyuarat secara maya dan menyusun tugasan anda dengan lebih teratur.
  • Pencipta Kandungan dan Pengguna Media Sosial: Kamera berkualiti tinggi dan paparan lancar sesuai untuk menangkap dan berkongsi kandungan yang menakjubkan.
  • Pemain Permainan Video: Nikmati pengalaman permainan responsif dengan set cip yang cekap dan paparan kadar penyegaran tinggi.
  • Pengembara: Binaan yang tahan lama dan perisai kalis kerosakan menjadikannya teman yang boleh dipercayai untuk anda menikmati pengembaraan anda.

Dengan gabungan reka bentuk yang anggun, prestasi yang berkuasa tinggi, harga yang mampu milik, telefon pintar ini pastinya menawarkan nilai pulangan yang luar biasa kepada anda.

Bersedia untuk menemui pasangan teknologi sempurna anda? Kami menyediakan telefon pintar terbaik di bawah RM1000 khas untuk anda. Tidak kiralah anda seorang pelajar, profesional, pemain permainan video, atau pengguna media sosial yang tegar, peranti-peranti ini boleh menggabungkan kemampuan yang luar biasa dengan prestasi yang tinggi kepada anda semua. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki telefon pintar ideal anda—terokai pilihan utama kami dan tingkatkan pengalaman teknologi anda hari ini! Temui tawaran tiada tandingan dan melangkah ke masa depan teknologi mudah alih bersama PriceShop.

Terokai Telefon Pintar Terbaik Bawah RM1000!