Samsung sahkan harga Galaxy A26 5G, A36 5G, dan A56 5G di Malaysia

Samsung secara rasmi telah mengumumkan harga bagi Galaxy A26 5G, Galaxy A36 5G, dan Galaxy A56 5G di Malaysia. Ketiga-tiga model ini merupakan sebahagian daripada siri pertengahan Galaxy A yang sebelum ini diperkenalkan tanpa butiran harga tempatan. Bersama pengumuman harga, Samsung turut melancarkan promosi terhad untuk pembeli awal.
Harga dan Promosi Galaxy A26 5G, A36 5G, A56 5G di Malaysia

Sebagai sebahagian daripada promosi yang berlangsung dari 18 Mac hingga 31 Mac 2025, pelanggan yang membeli mana-mana tiga peranti ini akan menerima e-baucar RM100, naik taraf storan berganda bernilai RM200, serta jaminan lanjutan selama satu tahun yang bernilai sehingga RM129. Selain itu, pembeli juga boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk Galaxy Watch, Buds, tablet, dan aksesori terpilih.

Galaxy A26 5G ditawarkan pada harga RM1,199 untuk model 6GB/128GB dan RM1,399 bagi varian 8GB/256GB. Dengan rebat promosi, harga masing-masing dikurangkan kepada RM999 dan RM1,199.
Bagi Galaxy A36 5G, model 6GB/128GB dijual pada harga RM1,499, manakala versi 12GB/256GB berharga RM1,699. Selepas promosi, harga kemudian berkurang menjadi RM1,299 dan RM1,499.

Model premium Galaxy A56 5G pula tersedia dalam dua konfigurasi: RM1,999 untuk model 8GB/128GB dan RM2,199 untuk varian 12GB/256GB. Dengan rebat promosi, harga masing-masing dikurangkan kepada RM1,799 dan RM1,999.
Telefon pintar ini kini boleh dibeli secara dalam talian di laman web rasmi Samsung Malaysia.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!