Laman Utama / Gajet / Samsung Galaxy S25 Edge bakal dilancarkan pada 13 Mei

Samsung Galaxy S25 Edge bakal dilancarkan pada 13 Mei


By Editor Mei 11, 2025

Samsung telah mengesahkan bahawa pelancaran global bagi Galaxy S25 Edge akan berlangsung pada 13 Mei 2025. Penonton boleh menonton siaran langsung melalui laman web rasmi Samsung, serta saluran rasmi YouTube Samsung.

Untuk makluman, Samsung S25 Edge akan menjadi model paling nipis dalam siri S25. Telefon ini dijangka tampil dengan ketebalan hanya 5.85mm — satu perbezaan ketara berbanding S25 dan S25+ (7.2mm) serta S25 Ultra (8.2mm).

Sumber Gambar: Evan Blass melalui X

Model ini dikatakan akan berada di antara model S25+ dan S25 Ultra, dan ketipisannya hadir dengan beberapa kompromi. Khabar angin menyatakan bahawa varian Edge ini hanya dilengkapi dengan bateri 3,900mAh, jauh lebih kecil daripada 4,900mAh pada S25+. Walau bagaimanapun, Samsung mengesahkan bahawa kamera utama 200MP tetap akan hadir pada S25 Edge, namun kemungkinan besar tanpa lensa telefoto.

Walaupun harga rasmi masih belum diumumkan, namun kebocoran awal menunjukkan bahawa harga di pasaran Kanada bermula dari $1,678.99 CAD, iaitu sekitar RM5,214.25. Untuk harga rasmi, kita perlu menunggu pelancaran global pada 13 Mei nanti.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!