Laman Utama / Promosi / Plaza Low Yat akan menyambut ulang tahunnya yang ke-25 dengan promosi eksklusif dan peluang untuk memenangi sebuah Neta V

Plaza Low Yat akan menyambut ulang tahunnya yang ke-25 dengan promosi eksklusif dan peluang untuk memenangi sebuah Neta V


Ogos 22, 2024

Plaza Low Yat bakal melakar satu pencapaian bersejarah apabila pusat beli-belah ini akan meraikan ulang tahunnya yang ke-25 di Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 1999, Plaza Low Yat telah membina reputasi sebagai hab utama bagi semua perkara melibatkan teknologi di negara ini. Melalui rangkaian penyewa yang pelbagai, pusat beli-belah khusus untuk IT ini menjadi pusat tumpuan bagi produk-produk dan perkhidmatan berkaitan mudah alih, pengkomputeran, permainan, dan fotografi digital.

Kini sempena ulang tahun ke-25, Plaza Low Yat akan mengadakan sambutan bagi meraikan pencapaian suku abadnya dengan Fiesta Teknologi (Tech Fiesta) yang akan berlangsung selama 2 hari.

Tech Fiesta tersebut akan dilangsungkan di pusat beli-belah itu sendiri iaitu pada 24 dan 25 Ogos 2024. Terdapat pelbagai aktiviti mesra keluarga untuk pengunjung yang hadir, bersama dengan promosi eksklusif serta cabutan bertuah yang membolehkan pengunjung membawa pulang sebuah Kereta Neta V.

Aktiviti Interaktif Mesra Keluarga

Bermula dengan aktiviti mesra keluarga, para pelanggan di Plaza Low Yat boleh menikmati hari yang menyeronokkan dengan pelbagai kios disediakan untuk kanak-kanak di seluruh pusat beli-belah.

Keluarga juga boleh menikmati masa berkualiti bersama-sama dengan bermain Giant Basketball Hoop dan Racing Game di ruang legar pusat beli-belah, manakala Bahagian Mewarna & Seni Pasir di tingkat bawah dan tingkat tiga pastinya akan memikat hati kanak-kanak dengan aktiviti seni kreatif yang menyeronokkan.

Terdapat juga gerai kamera 360 darjah yang terletak di tingkat bawah, serta kios gula-gula kapas di tingkat satu, di mana anda boleh menikmati hidangan manis sebagai ganjaran untuk diri sendiri.

Promosi Eksklusif dan Cabutan Bertuah

Turut berlangsung bersebelahan dengan aktiviti interaktif adalah promosi eksklusif daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian. Ini termasuk nama-nama besar seperti Brightstar Computer, Viewnet, TMT by Thundermatch, PC Image, YL Camera dan banyak lagi.

Nikmati tawaran istimewa “Rush Hour” dengan diskaun sehingga 78% untuk semua jenis gajet sepanjang Tech Fiesta selama 2 hari ini.

Selain itu, Plaza Low Yat akan mengadakan cabutan bertuah khas di mana seorang pemenang bertuah akan membawa pulang sebuah Neta V. Untuk layak, anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 di Plaza Low Yat dalam tempoh ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ulang tahun ke-25 Plaza Low Yat, nantikan di PriceShop, atau ikuti laman Facebook rasmi Plaza Low Yat.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

Static PS article footer (PNG)