Laman Utama / Gajet / Redmi 14C dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM449

Redmi 14C dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM449


September 11, 2024
Redmi 14C

Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar terbaru iaitu Redmi 14C. Ia adalah telefon bajet mampu milik yang menggabungkan reka bentuk yang cantik, paparan yang luas dan prestasi yang baik.

Redmi 14C ini boleh didapati dalam empat warna iaitu Midnight Black , Dreamy Purple dengan kemasan kaca klasik, Sage Green dengan tekstur pusam dan Starry Blue yang menampilkan reka bentuk ‘star trail’.

Redmi 14C

Spesifikasi Redmi 14C

Redmi 14C  dilengkapi dengan paparan HD+ 6.88 inci dengan kadar segar 120Hz. Dikuasakan oleh MediaTek Helio G81 Ultra octa-core chip. Telefon ini dilengkapi dengan 6GB atau 8GB RAM dengan memori sehingga 16GB dan storan sehingga 256GB. Peranti ini juga mempunyai bateri sebesar 5160mAh dan anda mampu menonton video sehingga 22 jam. Ia juga menyokong pengecasan pantas 18W.

Selain itu, Redmi 14C dihadirkan dengan kamera utama 50MP bersama depth sensor 2MP, dan kamera hadapan 13MP . Telefon ini juga menyokong sensor cap jari yang ada di sisi telefon. Bukan itu sahaja, ia menyokong NFC, 4G, Bluetooth 5.4 dan headphone jack 3.5mm dengan peningkatan volume sebanyak 150% berbanding model sebelumnya.

Redmi 14C

Harga

Redmi 14C akan tersedia mulai 13 September 2024 melalui website rasmi Xiaomi, Lazada dan Shopee. Telefon ini datang dalam dua varian RAM dan storan seperti yang dinyatakan dibawah.

  • Redmi 14C (6GB + 128GB) – RM449
  • Redmi 14C (8GB + 256GB) – RM599
Redmi 14C

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

Static PS article footer (PNG)