Laman Utama / Gajet / REDMAGIC 10 Air dengan Snapdragon 8 Gen 3 diperkenalkan; Diskaun RM800 untuk pembeli awal

REDMAGIC 10 Air dengan Snapdragon 8 Gen 3 diperkenalkan; Diskaun RM800 untuk pembeli awal


By Editor Mei 1, 2025
REDMAGIC 10 Air Malaysia

REDMAGIC 10 Air kini rasmi sebagai pesaing terbaru dalam arena permainan mudah alih. Ia merupakan versi “ringan” kepada REDMAGIC 10 Pro, dengan objektif menawarkan pengalaman hampir flagship pada harga yang lebih mesra pengguna.

REDMAGIC 10 Air dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3, yang walaupun sudah lebih setahun di pasaran, namun ia masih berprestasi tinggi. Peranti ini turut disokong oleh cip bersama RedCore R3 milik REDMAGIC yang mengendalikan fungsi gaming tambahan seperti maklum balas haptik, pemprosesan audio dan pencahayaan RGB — bagi mengurangkan beban ke atas cip Snapdragon utama.

Telefon ini mengekalkan identitinya sebagai peranti gaming dengan menampilkan butang bahu 520Hz pada sisi landskap peranti. Selain itu, pencahayaan RGB yang ikonik bagi telefon REDMAGIC masih dikekalkan, namun kali ini dengan rekaan yang lebih minimalis dan tidak terlalu menonjol.

Dari segi penyejukan, REDMAGIC 10 Air menggunakan sistem 9-layer ICE Cooling, yang menggabungkan logam cecair, ruang wap, dan kipas dalaman untuk kawalan haba. Untuk memastikan sesi permainan berterusan, ia dibekalkan dengan bateri besar 6,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W. Walaupun dilengkapi dengan pelbagai komponen, telefon ini masih kekal nipis pada 7.85mm dan hanya seberat 205g.

REDMAGIC 10 Air

Beralih kepada paparan, model 10 Air mengekalkan skrin AMOLED 6.8 inci, namun dengan kadar segar semula hanya 120Hz dan kecerahan maksimum 1,600nits (berbanding 144Hz dan 2,000nits pada model 10 Pro).

Kamera pula menampilkan sistem dwi-kamera, terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sokongan OIS dan kamera ultra lebar 50MP.

REDMAGIC 10 Air

Menariknya, REDMAGIC 10 Air hadir tidak lama selepas pelancaran ASUS ROG Phone 9 FE pada bulan Mac lalu. Ini menjadikan 10 Air sebagai pesaing utama dalam segmen pertengahan-atas untuk peminat permainan mudah alih. Sebagai perbandingan, ROG Phone 9 FE hadir dengan satu varian sahaja — 12GB/256GB pada harga RM2,999.

Harga REDMAGIC 10 Air di Malaysia

Harga REDMAGIC 10 Air di Malaysia

REDMAGIC 10 Air hadir dalam dua pilihan reka bentuk menarik: Twilight dan Hailstone. Ia akan mula dijual secara dalam talian menerusi kedai rasmi REDMAGIC di Shopee, Lazada, TikTok, serta laman web rasmi jenama tersebut.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!