Rebut Tawaran Terhad Permainan PS5 Sebelum Days of Play 2025 Tamat

Acara tahunan Days of Play 2025 oleh PlayStation kini telah rasmi bermula dan akan berlangsung sehingga 11 Jun, menawarkan pelbagai diskaun terhad untuk konsol, permainan, aksesori dan langganan sebagai ganjaran kepada komuniti gamer.
Diskaun Hebat untuk Konsol PS5 dan PS VR2

Seperti yang diumumkan dalam blog rasmi PlayStation, beberapa produk perkakasan kini ditawarkan pada harga diskaun hebat di Malaysia:
- PlayStation 5 Digital Edition – Kini RM1,830 (RRP: RM2,069)
- PlayStation 5 (Versi Cakera) – Kini RM2,260 (RRP: RM2,499)
- PlayStation 5 Pro Console – Kini RM3,610 (RRP: RM3,849)
- PlayStation VR2 – Kini RM1,860 (RRP: RM2,099)
Promosi ini tersedia di kedai terpilih yang mengambil bahagian dan platform dalam talian, selagi stok masih ada.
Diskaun Permainan di PlayStation Store

Para pemain juga boleh menikmati diskaun hebat untuk pelbagai permainan PS4 dan PS5 melalui PlayStation Store. Antara tawaran menarik termasuk:
- Astro Bot – Kini RM206.67 (Harga asal: RM305)
- Tekken 8 – Kini RM141.93 (Harga asal: RM249)
- EA Sports FC 25 – Kini RM60.93 (Harga asal: RM249)
Ini peluang terbaik untuk gamer meluaskan koleksi permainan digital dengan harga lebih rendah.
Jimat Sehingga 33% untuk Langganan PlayStation Plus

Susulan pelarasan harga terkini PlayStation Plus, Days of Play 2025 turut menawarkan diskaun sehingga 33% untuk beberapa pelan langganan PS Plus selama 12 bulan. Kadar diskaun sebenar berbeza mengikut rantau, tahap langganan dan kelayakan pengguna.
Untuk semak kelayakan dan tawaran yang tersedia, anda hanya perlu log masuk ke akaun PlayStation Network (PSN) anda. Sama ada anda ingin memiliki konsol baharu, naik taraf ke PlayStation 5 Pro, atau memperbaharui langganan PS Plus, Days of Play 2025 adalah masa terbaik untuk mendapatkan penjimatan besar.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

