realme Malaysia umum pelarasan harga untuk C63 dan Buds Air 6

realme Malaysia telah mengumumkan pengurangan harga bagi dua produknya, iaitu telefon pintar realme C63 dan fon telinga tanpa wayar realme Buds Air 6. Pelarasan harga ini berkuat kuasa serta-merta untuk realme C63, manakala Buds Air 6 akan menggunakan harga baharu bermula 1 Mac 2025.
realme C63, yang sebelum ini dijual pada harga RM599, kini boleh didapati pada harga RM549. Peranti ini dilengkapi dengan pengecasan pantas 45W serta penarafan IP54 untuk ketahanan terhadap habuk dan air. Sementara itu, realme Buds Air 6 menerima potongan harga sebanyak RM100, menjadikannya kini berharga RM199 berbanding RM299 sebelum ini. Fon telinga ini menawarkan Pembatalan Bunyi Aktif Pintar 50dB dan mampu memberikan masa main balik sehingga 40 jam dengan cas penuh.
Harga baharu bagi kedua-dua produk ini boleh didapati melalui pelbagai saluran pembelian, termasuk Kedai Jenama realme, pengedar sah, serta platform dalam talian rasmi seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop realme.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!
