Laman Utama / Gajet / realme GT7 bakal jadi telefon pertama di Malaysia guna cip MediaTek Dimensity 9400e

realme GT7 bakal jadi telefon pertama di Malaysia guna cip MediaTek Dimensity 9400e


By PriceShop News Mei 16, 2025
realme GT7 bakal jadi telefon pertama di Malaysia guna cip MediaTek Dimensity 9400e

realme telah mengesahkan pelancaran rasmi telefon pintar GT7 di Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mei 2025. Peranti ini diposisikan sebagai model bertaraf flagship dan akan menjadi telefon pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 9400e yang baharu.

GT7 dikatakan dioptimumkan untuk permainan mudah alih, termasuk tajuk-tajuk popular seperti Mobile Legends: Bang Bang dan Honor of Kings. Menurut realme, telefon ini mampu mengekalkan kadar bingkai 120 fps secara konsisten dalam permainan yang disokong, bertujuan memberikan pengalaman permainan yang stabil dan mengasyikkan.

realme GT7 bakal jadi telefon pertama di Malaysia guna cip MediaTek Dimensity 9400e
ay

Salah satu kelebihan utama GT7 ialah kapasiti baterinya yang besar, di mana ia hadir dengan bateri 7,000mAh, dipadankan dengan pengecasan pantas 120W.

Itu sahaja maklumat rasmi yang didedahkan setakat ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan spesifikasi penuh dan harga rasmi di Malaysia, kita perlu tunggu pelancaran rasmi oleh realme pada 27 Mei nanti.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!