Promosi Pelajar Apple 2025: Dapatkan AirPods 4 PERCUMA Dengan Pembelian iPad atau MacBook

Apple Malaysia kini menjalankan promosi pendidikan yang membolehkan pelanggan yang layak menerima rebat sehingga RM829 untuk aksesori apabila membeli iPad atau Mac. Promosi ini berlangsung dari 17 Jun hingga 30 September 2025 dan hanya tersedia di Apple Malaysia Education Online Store atau Apple Official Store di Exchange TRX.
Promosi ini bukan sahaja terbuka kepada pelajar kolej dan universiti, tetapi juga kepada kakitangan institusi pendidikan awam atau swasta di Malaysia, serta ibu bapa kepada pelajar di institusi pengajian tinggi.
Diskaun Pelajar untuk iPad

Secara terperinci, Apple menawarkan rebat RM599 untuk aksesori tertentu apabila pelanggan membeli model iPad terpilih. Setakat ini, ia merangkumi iPad Pro dan iPad Air, dengan beberapa aksesori yang ditawarkan termasuk AirPods 4 (bernilai RM599) dan Apple Pencil Pro (bernilai RM499). Oleh kerana kedua-dua aksesori ini berada dalam had rebat RM599, pelanggan boleh medapatkan salah satu daripadanya secara percuma semasa pembayaran.

Aksesori lain yang ditawarkan termasuk AirPods 4 dengan ANC (RM829), AirPods Pro 2 (RM1,099), dan Magic Keyboard (RM1,299–RM1,309 bergantung pada model iPad). Untuk aksesori yang melebihi nilai RM599, jumlah tersebut akan ditolak, dan pelanggan hanya perlu menambah baki yang selebihnya.
Diskaun Pelajar untuk Mac
Tawaran ini bukan eksklusif untuk iPad sahaja, malah turut merangkumi pembelian Mac. Dalam kes ini, pembelian MacBook atau Mac yang terpilih melayakkan pelanggan menerima rebat aksesori sehingga RM829.
Secara khusus, pembelian MacBook Air atau MacBook Pro melayakkan pelanggan untuk menerima rebat ke atas AirPods 4 dengan ANC (RM829), Magic Mouse (RM319), dan AirPods Pro 2 (RM1,099).

Oleh kerana AirPods 4 dengan ANC dan Magic Mouse berada dalam had rebat RM829, pelanggan boleh membawa pulang salah satu daripada aksesori ini secara percuma. Jika memilih AirPods Pro 2, RM829 akan ditolak, dan pelanggan hanya perlu membayar baki RM270.
Untuk iMac, ia juga layak menerima rebat RM829, tetapi pilihan aksesori hanya terhad kepada AirPods 4 dengan ANC dan AirPods Pro 2.

Pengesahan Kelayakan
Semasa pembayaran, pelanggan perlu mengesahkan kelayakan mereka untuk promosi ini. Untuk pelajar dan kakitangan institusi pengajian tinggi, mereka perlu menyerahkan salinan kad pelajar, staf, atau surat tawaran rasmi, bersama kad pengenalan (IC) bagi warganegara Malaysia atau pasport bagi bukan warganegara.
Perkara yang sama turut terpakai kepada ibu bapa pelajar pengajian tinggi: mereka perlu mengemukakan kad pelajar dan IC untuk melayakkan diri menerima promosi pelajar ini.
Layari laman web rasmi Apple Malaysia untuk maklumat lanjut dan terma serta syarat penuh promosi ini.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

