Laman Utama / Gajet / Pra-Tempahan Nintendo Switch 2 Kini Dibuka di Shopee & Lazada

Pra-Tempahan Nintendo Switch 2 Kini Dibuka di Shopee & Lazada


By Editor Jun 23, 2025

Jika anda sudah lama mengintai Switch 2, anda mungkin akan gembira mendengar bahawa konsol ini kini sudah tersedia untuk pra-tempah. Ianya hadir hanya sehari selepas Nintendo mengumumkan bahawa Switch 2 akan mula dijual di Malaysia bermula 3 Julai.

Walaupun konsol tidak akan tersedia di kedai fizikal sehingga tarikh tersebut, pengedar rasmi Nintendo – Convergent Distribution – telah pun menyenaraikan Switch 2 di Nintendo Official Store di Shopee dan Lazada.

Seperti dijangka, terdapat dua pakej ditawarkan: model asas Switch 2 berharga RM2,488, dan pakej Switch 2 + Mario Kart World Bundle berharga RM2,688.

Perlu diambil perhatian bahawa pembelian melalui Shopee turut menerima diskaun RM10 secara eksklusif.

Selain konsol, pelbagai aksesori dan permainan Switch 2 juga kini disenaraikan di platform e-dagang ini:

Aksesori Nintendo Switch 2

  • Nintendo Switch 2 Pro Controller – RM388
  • Joy-Con 2 Wheel (set of 2) – RM108
  • Joy-Con 2 Charging Grip – RM183
  • Joy-Con 2 (R) in Light Red – RM258
  • Joy-Con 2 (L) in Light Blue – RM258
  • Joy-Con 2 (L & R) Light Blue/Light Red – RM498
  • Switch 2 Carrying Case & Screen Protector – RM128
  • Switch 2 Camera – RM258
  • Switch 2 AC Adapter – RM168
  • SanDisk microSD Express card (256GB) – RM298

Permainan Nintendo Switch 2

  • Mario Kart World – RM398
  • Legend of Zelda: Breath of The Wild – RM265
  • Legend of Zelda: Tears of the Kingdom – RM298
  • BRAVELY DEFAULY FLYING FAIRY HD Remaster – RM165
  • Tamagotchi Plaza – RM230

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!