Laman Utama / Gajet / POCO C71 Tiba di Malaysia dengan Harga Permulaan RM299 

POCO C71 Tiba di Malaysia dengan Harga Permulaan RM299 


By Alyaa Najwa April 27, 2025
POCO C71 Malaysia

POCO secara rasmi telah memperkenalkan POCO C71 di Malaysia, sebuah telefon pintar peringkat permulaan yang hampir menyerupai Redmi A5 dari segi perkakasan. Direka untuk pengguna harian, POCO C71 dikuasakan oleh pemproses UNISOC T7250, dengan matlamat memberikan prestasi mencukupi untuk tugasan asas.

Peranti ini menampilkan paparan 6.88-inci dengan resolusi 1640×720. Walaupun mengekalkan tanda harga mampu milik, namun skrin POCO C71 menyokong kadar penyegaran 120Hz dan telah menerima pensijilan TUV Rheinland untuk Low Blue Light, Flicker-Free, dan Circadian Friendly. Ini menjadikannya lebih selesa untuk penggunaan skrin yang berpanjangan, terutamanya dalam keadaan pencahayaan rendah.

POCO C71

Untuk fotografi, POCO C71 dilengkapi dengan kamera utama 32MP di bahagian belakang, serta kamera hadapan 8MP untuk swafoto dan panggilan video.

Peranti ini menempatkan bateri 5,200mAh, yang menurut POCO boleh menyokong sehingga 20 jam tontonan video berterusan atau lebih daripada 9 jam permainan mudah alih. Pengecasan disokong menerusi pengecasan berwayar 15W.

POCO C71 hadir dalam tiga pilihan warna: Hitam, Emas, dan Biru. Dua konfigurasi memori ditawarkan: 3GB RAM + 64GB storan, dan 4GB RAM + 128GB storan.

Harga POCO C71 di Malaysia

Harga POCO C71

POCO C71 kini tersedia di Malaysia pada harga RM299 untuk varian 3GB+64GB, dan RM399 untuk varian 4GB+128GB.

Sebagai sebahagian daripada promosi pembelian awal yang berlangsung sehingga 9 Mei 2025, kedua-dua varian ditawarkan pada harga diskaun — masing-masing pada harga RM269 dan RM319. Peranti ini boleh dibeli di mi.com, atau menerusi kedai rasmi POCO di Lazada dan Shopee.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!