Laman Utama / Gaya Hidup / Maybank Global Access tawar penukaran mata wang tanpa caj bagi 18 mata wang

Maybank Global Access tawar penukaran mata wang tanpa caj bagi 18 mata wang


By Alyaa Najwa April 15, 2025

Maybank telah memperkenalkan penukar mata wang dalam aplikasi tersendiri sebagai sebahagian daripada Maybank Global Access Account-i, bersama kad debit pelbagai mata wang yang menyokong transaksi antarabangsa.

Maybank Global Access menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk penukaran mata wang tanpa caj tambahan apabila dilakukan melalui aplikasi MAE, tanpa caj tersembunyi atau kadar tukaran yang berubah-ubah. Pengguna boleh melihat kadar tukaran secara masa nyata dan menukar kepada mata wang asing pilihan mereka hanya dengan beberapa klik.

Buat masa ini, Maybank Global Access menyokong 18 jenis mata wang, termasuk Dolar Singapura (SGD), Dolar Amerika (USD), Yen Jepun (JPY), Euro (EUR), Pound Sterling (GBP), dan Dolar Australia (AUD).

Untuk kemudahan tambahan, pengguna boleh mencipta sehingga 5 Senarai Pantau (Watchlist), dengan maksimum 10 mata wang bagi setiap senarai, bagi memantau kadar tukaran dengan lebih mudah dan efisien.

Selain manfaat penukaran mata wang, Maybank Global Access-i turut menawarkan kadar keuntungan bonus patuh Shariah, perlindungan perubatan perjalanan sehingga USD100,000 oleh Mastercard World, dan perlindungan Takaful Kemalangan Diri sehingga RM100,000 oleh Etiqa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maybank Global Access-i, layari laman rasmi Maybank.

Sumber: [1] Maybank