Bermula 1 Julai, Pengguna Boleh Perbaharui Pas Perjalanan Tanpa Had My50 Melalui Aplikasi TNG eWallet

Bermula 1 Julai 2025, Pas Perjalanan Tanpa Had My50 akan boleh dibeli dan diaktifkan terus melalui aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet, membolehkan pengguna mengelak barisan panjang di kaunter perkhidmatan. Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah, menyatakan bahawa langkah ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 250,000 pengguna semasa pas My50.
Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu melengkapkan proses eKYC (electronic Know Your Customer) dalam aplikasi TNG eWallet. Mereka juga mesti memiliki kad Touch ‘n Go versi Enhanced yang menyokong NFC (Near Field Communication), serta menggunakan telefon pintar dengan fungsi NFC yang diaktifkan.
Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari berturut-turut ke atas semua perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan bas pengantara MRT.
Teruskan mengikuti kami untuk panduan langkah demi langkah tentang cara membeli dan mengaktifkan Pas Perjalanan Tanpa Had My50 melalui TNG eWallet.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

