Jualan Pertengahan Tahun realme Tawar Diskaun RM600, Penghantaran Percuma, Promosi Bundle dan Banyak Lagi

Bermula 5 Jun 2025 jam 8 malam, realme Malaysia akan memulakan Jualan Pertengahan Tahun secara atas talian di tiga platform e-dagang: Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Tempoh promosi berbeza mengikut platform, dengan tawaran untuk telefon pintar dan aksesori terpilih, serta ganjaran tambahan seperti pulangan tunai (cashback) dan penghantaran percuma.
Di Shopee, jualan berlangsung dari 5 hingga 6 Jun. Pelanggan boleh menikmati diskaun hingga 50%, tambahan cashback 10% dan penghantaran percuma. Antara tawaran menarik, realme 13 Pro diturunkan harga daripada RM1,999 kepada RM1,499. Model bajet turut disertakan seperti realme Note 60x yang kini berharga RM299 (asal RM369), dan realme C63 yang turun daripada RM599 kepada RM527.

Di Lazada, pembeli boleh mengakses promosi dari 5 Jun, jam 8 malam, sehingga 8 Jun. Dalam tempoh ini, diskaun diberikan sehingga RM600, bersama baucar platform 10% dan penghantaran percuma. Antara sorotan utama ialah realme 13 Pro+ 5G, sebelum ini RM2,299, kini RM1,689. Aksesori seperti realme Buds T110 turun harga daripada RM139 kepada RM79. Model permulaan realme C61 pula ditawarkan pada harga RM407, berbanding harga asal RM499. Selain itu, pembeli model realme GT 7 atau GT 7T boleh menambah pembelian realme Watch S2 pada harga RM179 (dari RM499).
Di TikTok Shop, kempen telah bermula lebih awal pada 1 Jun dan berlangsung hingga 6 Jun. Pengguna boleh berjimat sehingga RM500 dan menikmati cashback. realme 12+ 5G mencatat potongan besar daripada RM1,499 kepada RM899. Harga bagi model realme 14x (8GB/256GB) pula berkurang daripada RM1,099 kepada RM949, dan pembeli turut menerima sepasang realme Buds Classic 2 secara percuma, bernilai RM39.90.
Untuk akses penuh jualan ini, kunjungi kedai rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

