Laman Utama / Telco (BM) / Pelan internet terbaik untuk pelajar di Malaysia: Pelan prabayar bawah RM40

Pelan internet terbaik untuk pelajar di Malaysia: Pelan prabayar bawah RM40


By Editor Mei 12, 2025

Dengan begitu banyak pilihan pelan prabayar di pasaran, mencari satu yang sesuai boleh jadi memeningkan, lebih-lebih lagi jika anda seorang pelajar dengan bajet ketat yang perlukan pelan murah tapi berbaloi.

Sudah tentu, pelan prabayar sangat bergantung kepada keperluan individu. Namun, kami telah menyenarai pendek beberapa pilihan yang kami rasa terbaik untuk pelajar yang ingin memaksimumkan nilai dengan belanja minimum. Berikut adalah pilihan kami untuk pelajar di Malaysia, dengan harga tidak melebihi RM40.

CelcomDigi Prepaid 5G 39 (Edisi Biru)

CelcomDigi

Sebelum kami mengupas tentang pelan ini dengan lebih lanjut, penting untuk anda membezakan antara Edisi Biru (yang kami sarankan) dan Edisi Kuning. CelcomDigi menawarkan dua kategori prabayar:

Edisi Biru menawarkan internet tanpa had dengan kelajuan yang dihadkan (sehingga 12Mbps), serta kuota internet berkelajuan tinggi sehingga 65GB (4G/5G). Setelah kuota berkelajuan tinggi habis, pengguna masih boleh mengakses internet tanpa had pada kelajuan sehingga 12Mbps, tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP).

Edisi Kuning pula menawarkan kuota internet berkelajuan tinggi yang lebih besar (sehingga 75GB). Namun, selepas kuota tersebut digunakan sepenuhnya, kelajuan internet akan turun kepada 64kbps sehingga tempoh sah pelan tamat. Pengguna boleh menambah kuota melalui add-on, tetapi ia akan dikenakan caj tambahan.

CelcomDigi Edisi Biru

Dengan mengambil kira semua faktor ini, pelan Edisi Biru Prepaid 5G 39 adalah pilihan paling masuk akal untuk pelajar. Pada harga RM39, pelan ini menawarkan internet tanpa had pada kelajuan 12Mbps (FUP 200GB) dan kuota internet berkelajuan tinggi sebanyak 65GB pada kelajuan sehingga 100Mbps! Jika anda menggunakan Wi-Fi sekolah atau institusi untuk menjimatkan data, 65GB ini sepatutnya mencukupi sepanjang tempoh sah 30 hari. Sebagai tambahan, ia turut disertakan dengan 15GB hotspot, satu jumlah yang agak berbaloi.

Jika dibandingkan dengan pelan Edisi Biru Prepaid 5G 25, memang ia lebih murah pada RM25, tetapi ianya hadir dengan internet tanpa had yang lebih perlahan (3Mbps), kuota internet berkelajuan tinggi yang jauh lebih kecil (15GB), dan hanya 3GB hotspot. Jadi, untuk prestasi dan nilai yang lebih tinggi, pelan RM39 adalah lebih berbaloi.

Tune Talk Epik 35+

Epik+

Pelan Epik+ daripada Tune Talk juga merupakan satu lagi pilihan prabayar yang patut dipertimbangkan oleh para pelajar. Pelan-pelan ini menawarkan nilai hebat untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, tetapi cabarannya adalah dalam memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda. Pelan paling asas, Epik 25+, merupakan pilihan yang bagus kerana ia menawarkan 40GB data 5G/4G tanpa had kelajuan. Namun begitu, kelemahan pelan ini ialah ia tidak disertakan dengan data hotspot. Sebab itulah pilihan yang kami syorkan adalah satu tahap lebih tinggi iaitu Epik 35+.

Pelan Tune Talk Epik 35+ menawarkan nilai yang luar biasa dengan hanya RM35 sebulan. Pelan ini menyediakan 150GB data internet 5G/4G tanpa had kelajuan, dan data hotspot juga diambil kira daripada kuota 150GB tersebut. Itu merupakan jumlah kuota yang sangat besar – lebih dua kali ganda berbanding 65GB daripada pelan Edisi Biru CelcomDigi yang kami syorkan sebelum ini.

Tune Talk Epik 35+

Namun, keistimewaan pelan Epik 35+ bukan hanya terletak pada jumlah kuotanya. Antara semua pelan prabayar di Malaysia, ia satu-satunya yang menawarkan Insurans Kemalangan Diri (PA) PERCUMA yang meliputi perlindungan kematian, kehilangan kekal sepenuhnya, atau lumpuh kekal sehingga RM50,000.

Jika anda seorang pelajar dengan bajet yang terhad, memiliki insurans peribadi selalunya bukan keutamaan atau sukar untuk dicapai. Inilah yang menjadikan Epik 35+ satu pakej 2-dalam-1 yang unik. Dengan gabungan internet dan insurans, itulah antara sebab mengapa ia termasuk dalam cadangan utama kami.

Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Insurans Kemalangan Diri Tune Talk

Yes FT5G 30

Yes FT5G 30

Pelan prabayar Yes 5G antara yang paling mampu milik, bermula serendah RM20 untuk pakej FT5G 20. Walaupun ini merupakan pelan peringkat paling rendah, ia masih menawarkan nilai yang berbaloi dengan 50GB data 4G/5G pada kelajuan tanpa had. Namun, dengan menambah sedikit sahaja lagi, anda boleh dapatkan pelan yang jauh lebih baik melalui FT5G 30.

FT5G 30 (FT5G bermaksud First To 5G, jika anda tertanya-tanya) hanya berharga RM30 sebulan. Dengan pelan ini, anda akan menikmati data 5G/4G tanpa had pada kelajuan tanpa had, iaitu antara 4G hingga 7Mbps. Tambahan pula, anda turut mendapat 12GB data hotspot yang boleh dikongsi bersama peranti lain.

Jika anda mempunyai kad kredit atau kad debit, anda boleh mendapatkan diskaun bulanan RM5 untuk pelan FT5G 30 dengan mengaktifkan AutoPay melalui aplikasi MyYes. Ini membolehkan Yes memperbaharui pelan prabayar secara automatik pada akhir setiap tempoh sah, dengan diskaun sebanyak RM5. Hasilnya, anda boleh menikmati internet tanpa had hanya dengan RM25 sebulan!

Adakah kami terlepas pelan prabayar lain yang boleh memberi manfaat kepada pelajar di Malaysia? Kongsikan dengan kami di media sosial kami: Facebook, Instagram, X, Threads.

Baca lebih banayak artikel kami di bawah!