Laman Utama / Gajet / Inilah dia pandangan awal bagi Siri HUAWEI WATCH FIT 4 dan WATCH 5 yang akan datang

Inilah dia pandangan awal bagi Siri HUAWEI WATCH FIT 4 dan WATCH 5 yang akan datang


By Editor Mei 16, 2025
Inilah dia pandangan awal bagi Siri HUAWEI WATCH FIT 4 dan WATCH 5 yang akan datang

Barisan baharu peranti boleh pakai HUAWEI bakal tiba tidak lama lagi. Kami belum dibenarkan untuk mendedahkan butiran dan spesifikasi penuh, namun kami boleh mengesahkan bahawa model yang akan dilancarkan ialah HUAWEI WATCH FIT 4, FIT 4 Pro, dan WATCH 5.

Buat masa ini, kami hanya dapat kongsikan sedikit sebanyak gambar dan pandangan awal sahaja.

HUAWEI WATCH FIT 4 Pro

HUAWEI WATCH FIT 4 Pro

Daripada kesemua model yang bakal dilancarkan, WATCH FIT 4 Pro boleh dikatakan model yang paling menarik perhatian. Menurut laman rasmi HUAWEI, ini merupakan model “Pro” pertama dalam Siri FIT, yang membolehkan HUAWEI menawarkan pilihan lebih meluas untuk pengguna daripada pelbagai segmen harga.

HUAWEI WATCH FIT 4 Pro

Sekilas pandang, tidak hairan jika ada yang menyangka ini adalah Apple Watch Ultra. Reka bentuk melengkung serta kedudukan dail sisi memang mengingatkan kita kepada jam pintar Apple tersebut. Tapi apabila diteliti, anda akan perasan bentuknya lebih nipis dan kemas. Paparannya juga lebih memanjang di sisi, menjadikannya kelihatan lebih segi empat tepat.

HUAWEI WATCH FIT 4

Model asas WATCH FIT 4 pula tidak begitu jauh berbeza dari versi Pro, kecuali beberapa perubahan kecil pada saiz, namun reka bentuk keseluruhan masih dikekalkan. Tetapi, ketika dipakai, ia terasa kurang teguh berbanding versi Pro.

HUAWEI WATCH FIT 4
HUAWEI WATCH FIT 4

HUAWEI WATCH 5

HUAWEI WATCH 5

WATCH 5 tampil dengan rupa yang sangat berbeza daripada siri FIT 4. Meneruskan tradisi siri WATCH sebelum ini, model ini menampilkan muka jam berbentuk bulat yang lebih sesuai untuk kegunaan gaya hidup harian.

HUAWEI WATCH 5

Setiap model yang dipamerkan hadir dengan pelbagai pilihan tali jam, memberikan fleksibiliti kepada pengguna dari segi gaya. HUAWEI turut berkongsi serba sedikit mengenai teknologi baharu yang dimuatkan dalam WATCH 5… tetapi maklumat lanjut hanya akan didedahkan selepas tempoh embargo berakhir.

Nantikan maklumat selanjutnya!

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!