OnePlus Nord 4 dilancarkan pada harga RM 2499
OnePlus telah melancarkan OnePlus Nord 4 di Malaysia sebagai telefon pintar kelas pertengahan premium . Nord 4 didatangkan dengan bateri yang lebih baik, pengecasan lebih pantas dan reka bentuk yang lebih nipis dengan menggunakan badan logam. OnePlus juga telah menambah ciri AI baharu.
Spesifikasi OnePlus Nord 4
Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm SM7675 Snapdragon 7+ Gen 3 . Hadir dengan skrin 6.74 Super Fluid AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan skrin 2,150 nits. Nord 4 dilengkapi dengan 16GB RAM dan 512GB storan. Selain itu, baterinya telah dinaik taraf kepada 5,500mAh dengan sokongan pengecasan yang lebih pantas menggunakan SuperVOOC 100W. Waktu untuk mengecas dari 0% hingga 100% hanya mengambil masa 28 minit dengan 4 tahun jaminan kesihatan bateri.
Untuk kamera, ia menampilkan sistem dwi kamera iaitu kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony LYTIA dan 8MP kamera ultrawide. Sistem operasi yang digunakan ialah Oxygen OS 14.1 berasaskan Android 14 dengan 4 tahun kemas kini perisian dan 6 kemas kini keselamatan. Seberat 199.5 gram dengan pilihan tiga warna menarik iaitu Oasis Green, Mercurial Silver dan Obsidian Midnight.
Harga
Ia kini boleh didapati untuk pra-tempahan bermula dari 23 Ogos 2024 pada harga RM2599 dengan spesifikasi 16GB RAM dan storan 512GB di Official OnePlus E-store , Lazada dan Shopee . Pelanggan yang membuat pra-tempahan OnePlus Nord 4 akan dapat adapter OnePlus 100W bernilai RM199.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!