Laman Utama / Gajet / Nothing Sahkan Pelancaran Siri Phone (3a) pada Mac

Nothing Sahkan Pelancaran Siri Phone (3a) pada Mac


By Alyaa Najwa Februari 3, 2025
Norhing Phone (3a) Series Launch

Selepas beberapa teaser misteri minggu lalu, Nothing kini mengesahkan bahawa acara Power in Perspective pada 4 Mac akan menyaksikan pelancaran rasmi Siri Phone (3a).

Sebagai imbasan, Nothing sebelum ini memaparkan sejalur cahaya samar yang mengelilingi modul berbentuk oblong dan bulat. Netizen penuh dengan spekulasi – ada yang mengandaikan bahawa ia adalah butang baharu, manakala yang lain mengandaikan ia susunan tiga kamera.

Nothing camera teaser

Jawapan sebenar masih belum terungkap, tetapi satu perkara yang pasti adalah Siri Phone (3a) akan dilancarkan pada tarikh tersebut.

Nothing Power in Perspective

Tahun lalu, Nothing melancarkan Phone (2a) pada harga RM1,699, diikuti dengan Phone (2a) Plus dengan cipset dan kamera depan yang lebih baik pada suku ketiga dengan harga RM1,999.

Siri Phone (3a) dijangka menjadi tumpuan utama pada acara ini. Namun, masih belum jelas sama ada Nothing mempunyai produk lain yang akan diumumkan. Selain itu, kita masih tidak tahu apakah sebenarnya modul cahaya misteri tersebut, atau jika ianya benar-benar sebahagian daripada Siri Phone (3a).

Dan buat masa ini, masih tiada tanda-tanda kelibat Phone (3) flagship.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!