Benarkah Nothing ‘Membunuh’ Glyph Interface? Imej Phone (3) Tertiris Mungkin Sahkan Perkara Itu

Nothing bakal menamatkan penantian untuk Phone (3) yang sangat dinanti-nantikan, yang akan dilancarkan pada 2 Julai jam 1 pagi waktu Malaysia. Seperti biasa, Nothing telah giat menggoda para peminat dengan sekilas imej mikro telefon itu di laman Instagram rasmi mereka. Namun, teaser yang paling mencuri perhatian ialah satu hantaran yang menyatakan mereka telah “membunuh Glyph Interface” — sistem cahaya ikonik di panel belakang yang sinonim dengan jenama Nothing.
Segalanya masih samar. Tapi harus diakui, Nothing berjaya mengelakkan kebocoran maklumat… sehinggalah sekarang.
Tanpa diduga, pengguna X bernama Max Jambor (@MaxJmb) memuat naik render yang dipercayai sebagai Nothing Phone (3). Dia tidak berkata banyak, cuma: “Sudah ada beberapa teaser dan kebocoran, tapi itu belum cukup. Ini dia pandangan pertama anda terhadap Nothing Phone (3) yang akan datang!”
There have already been quite a few teasers and leaks, but that’s not enough. Here comes your very first look at the upcoming Nothing Phone (3)! 👀 pic.twitter.com/zuxVQfu3Xs
— Max Jambor (@MaxJmb) June 10, 2025
Jika render ini sahih, kelihatan seperti Nothing mengambil inspirasi daripada Phone (3a) Pro dengan meletakkan sistem kamera secara berpusat. Ini merupakan perubahan ketara daripada Phone (2) tahun 2023 yang menggunakan susunan dwikamera menegak di penjuru atas.
Perincian paling ketara — atau sebenarnya ketiadaannya — ialah hilangnya Glyph Interface, atau sebarang sistem cahaya langsung. Nampaknya betul-betul RIP buat GI.

Dengan Phone (3) dijangka dijual sekitar £800 (~RM4,500), mungkin juga RIP untuk gaji bulanan anda. Namun, khabar angin kekal sebagai khabar angin selagi belum disahkan. Kita tunggu dan lihat hingga bocoran lebih kukuh muncul — atau sehingga Nothing sendiri perkenalkan telefon ini Julai nanti.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

