Laman Utama / Gajet / Nothing Phone (3) akan berharga sekitar RM4,500, kata CEO Nothing Carl Pei

Nothing Phone (3) akan berharga sekitar RM4,500, kata CEO Nothing Carl Pei


By Editor Mei 15, 2025

Kita sudah berada di pertengahan Mei dan penantian untuk Nothing Phone (3) kini berada di kemuncaknya. Jika anda tertunggu-tunggu kejutan daripada Nothing, CEO syarikat Carl Pei telah mengesahkan bahawa penantian ini akan berakhir dalam beberapa bulan akan datang.

Bercakap di acara Android Show: Edisi I/O, Carl Pei mengesahkan bahawa “Phone (3) akan dilancarkan musim panas ini, dan kami akan all-out kali ini.” Walaupun telefon itu masih dikaburkan dalam video pratonton awal, Carl memberi jaminan bahawa peningkatan akan hadir dalam bentuk “bahan premium, peningkatan prestasi besar-besaran, dan perisian yang benar-benar membawa pengalaman ke tahap seterusnya.”

Teaser Nothing Phone (3)

Perkara menjadi lebih menarik apabila beliau menyatakan bahawa Phone (3) akan menjadi “telefon flagship sebenar pertama” syarikat, yang secara tidak langsung membayangkan harga yang jauh lebih tinggi daripada Phone (2). Dan jangkaan itu ternyata benar.

Menurut Carl Pei, harga Nothing Phone (3) “akan berada sekitar £800”, iaitu kira-kira ~RM4,594.50 di Malaysia.

Carl Pei

Sebagai peringatan, Phone (2) dilancarkan pada tahun 2023 dengan harga permulaan RM2,999, menyasarkan segmen pertengahan atasan hingga flagship rendah. Namun dengan harga sekitar RM4,599, Nothing kini bersedia mencabar pemain besar dan lama dalam segmen flagship sebenar.

Antara pesaing utama dalam julat harga ini termasuk iPhone 16 Plus (harga permulaan RM4,499), OnePlus 13 (RM4,399), dan vivo X200 Pro (RM4,699). Turut menarik untuk disebut, Galaxy S25 juga ditawarkan dengan harga maksimum RM4,499.

Nothing Phone (2), yang dilancarkan pada harga RM2,999 pada tahun 2023
Nothing Phone (2), yang dilancarkan pada harga RM2,999 pada tahun 2023

Dengan harga yang sebegitu tinggi, kita boleh menjangkakan rombakan besar dalam helaian spesifikasi bagi menepati identiti “flagship sebenar”. Ini mungkin termasuk pemproses flagship seperti Snapdragon 8 Elite atau cip Dimensity 9400, serta sistem tiga kamera penuh.

Dengan Phone (3) kini sudah dua tahun dalam pembangunan, Nothing dilihat telah mempunyai masa yang cukup untuk merangka strateginya. Nampaknya jenama ini kini bersedia untuk naik ke peringkat seterusnya – tetapi bagaimana penerimaan pasaran nanti, hanya masa akan menentukan.

Sementara itu, jika anda memang peminat tegar jenama Nothing — bersedialah untuk ‘berpisah’ dengan sebahagian besar isi dompet anda.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!