Nothing Baru Sahaja Menyiarkan Teaser yang Mungkin Merupakan Nothing Phone (3)

Adakah Nothing baru sahaja mengumumkan… satu pengumuman? Itulah andaian yang dibuat oleh orang ramai selepas Nothing memuat naik satu video pendek yang agak misteri di media sosial mereka. Dalam kapsyen, mereka hanya menyebut “Power in Perspective. 4 March 10:00 GMT.”
Walaupun jenama itu tidak mengesahkan apa yang dimaksudkan, ramai yang meneka bahawa ia merujuk kepada Nothing Phone (3).

Video tersebut menunjukkan apa yang kelihatan seperti Glyph Interface yang mengelilingi satu modul berbentuk oblong dan bulat. Namun, apa sebenarnya yang ditunjukkan masih menjadi spekulasi. Sesetengah netizen – termasuk GSMArena – berpendapat bahawa ia mungkin modul kamera baharu dengan susunan tiga lensa, sementara yang lain menganggap ianya lebih menyerupai butang sisi.
Sekiranya tiada pengesahan secara rasmi dari pihak Nothing, segala spekulasi hanya akan terjawab semasa pelancaran rasmi pada 4 Mac nanti.
Sebagai konteks, hampir 18 bulan telah berlalu sejak pelancaran Nothing Phone (2). Pada tahun 2024, Nothing hanya melancarkan dua telefon pertengahan, iaitu Phone (2a) dan Phone (2a) Plus. Untuk makluman, model telefon dengan nombor tunggal adalah model flagship syarikat, manakala model dengan kombinasi nombor dan huruf adalah model kelas pertengahan.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!
