Laman Utama / Gajet / Nothing dedah reka bentuk Siri Phone (3a) sebelum pelancaran

Nothing dedah reka bentuk Siri Phone (3a) sebelum pelancaran


By Alyaa Najwa Februari 25, 2025
Nothing Phone (3a) Series

Reka bentuk Siri Nothing Phone (3a) telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan pembocor maklumat sejak beberapa minggu lalu. Sesetengah imej olahan tidak tepat, manakala yang lain hampir menyerupai reka bentuk sebenar. Namun, Nothing akhirnya mendedahkan reka bentuk rasmi Siri Phone (3a) dalam video YouTube selama 10 minit. Malah, mereka bukan sahaja memperlihatkan reka bentuknya, tetapi turut berkongsi idea di sebalik susun atur baharu yang diilhamkan ini.

Nothing Phone (3a) Series 2

Ya, Siri Phone (3a) kini menampilkan susunan kamera baharu yang tidak lagi mempunyai sepasang ‘mata’ seperti yang terdapat pada Phone (2a). Ini kerana model Phone (3a) Pro kini dilengkapi dengan susunan tiga kamera. Nothing secara terbuka berkongsi spesifikasi kamera, mengesahkan bahawa model Pro akan hadir dengan lensa periskop 50MP OIS yang menggunakan sensor Sony. Menurut Nothing, kamera ini menyokong 3x zum optikal, 6x zum tanpa kehilangan kualiti, dan 60x zum ultra.

Kamera ini turut disertakan dengan kamera utama 50MP OIS serta kamera ultra-lebar 8MP yang juga menggunakan sensor Sony.

Nothing Phone (3a) Series Camera

Kesemua lensa ini ditempatkan dalam modul kamera bulat yang berada di tengah dengan bingkai tebal yang diperbuat daripada aluminium. Selain itu, Siri Phone (3a) akan mengekalkan reka bentuk antaramuka Glyph dengan tiga jalur ringkas yang mengelilingi modul kamera, tetapi Nothing menjanjikan lebih banyak fungsi dengan versi baharu ini.

Nothing Phone (3a) Series Colour

Satu perkara menarik adalah kehadiran butang tambahan di bawah butang kuasa. Walau bagaimanapun, fungsinya masih belum diketahui, hanya bahawa ia hadir dengan kemasan berkilat.

Selain itu, Nothing masih belum mendedahkan butiran lain seperti pemproses, spesifikasi paparan, atau kapasiti bateri. Namun, kita tidak perlu menunggu lama kerana pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 4 Mac.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!