Laman Utama / Promosi / Mengapa iTworld adalah pilihan terbaik untuk anda dapatkan peranti Apple sempena Bulan Kemerdekaan ini

Mengapa iTworld adalah pilihan terbaik untuk anda dapatkan peranti Apple sempena Bulan Kemerdekaan ini


Ogos 22, 2024

Anda sedang mencari iPhone, iPad, MacBook, AirPods atau mana-mana peranti Apple yang lain? Sebelum anda bergegas ke kedai Apple dan terus menghabiskan wang anda, anda mungkin ingin melihat dulu promosi terkini dari iTworld sempena bulan Kemerdekaan ini!

Buat anda yang belum tahu, iTworld adalah Pengedar Sah Apple di Malaysia yang menawarkan bukan sahaja peranti Apple itu sendiri, bahkan juga pelan ansuran mesra bajet – termasuklah untuk pelajar dan mereka yang tidak mempunyai kad kredit!

Anda berminat? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan pembayaran iTworld dan promosi Apple yang sedang berlangsung di kedai mereka.

Mengapa iTworld?

iTworld Tropicana

Pelan pembayaran komprehensif untuk semua orang

iTworld menawarkan pilihan pembayaran yang mudah dan komprehensif untuk semua orang, tidak kira anda merupakan pengguna kad kredit dan kad debit, ataupun pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran.

Pelan Pembayaran Mudah dan Beli Sekarang, Bayar Kemudian

Dengan Pelan Pembayaran Mudah (EPP) iTworld, para pemegang kad kredit boleh memohon pelan ansuran 0% sehingga 36 bulan bergantung pada bank yang mengambil bahagian. Sebagai alternatif, pengguna kad debit juga boleh memohon pelan ansuran 0% melalui langganan Beli Sekarang, Bayar Kemudian yang tersedia.

iPhone untuk Semua

iTworld komited untuk memenuhi keperluan para pelanggan termasuk mereka yang tidak mempunyai kad kredit, seperti pelajar yang belum mempunyai asas kewangan yang kukuh. Dengan program iPhone untuk Semua, anda boleh menikmati pelan ansuran 12 bulan atau 24 bulan tanpa perlu memiliki kad kredit.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan memohon menggunakan nombor kad pengenalan anda, dan permohonan anda akan disahkan dalam waktu bekerja pada hari yang sama. Proses permohonan adalah sangat mudah dan pantas, dan anda boleh mendaftar di mana-mana cawangan iTworld yang berdekatan.

Di bawah program ini, anda boleh memiliki iPhone 15 terkini pada harga serendah RM200.36/bulan, mahupun iPhone 15 Pro serendah RM254.53/bulan.

Chailease Paylater

Tertarik dengan produk selain iPhone 15? Jangan risau, iTworld juga menawarkan program Chailese Paylater di mana anda boleh memohon pelan ansuran dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan atau ID pelajar anda. Melalui program ini, pelajar boleh memanfaatkan pelan ansuran sehingga 36 bulan dengan kadar faedah yang rendah bagi pelbagai jenis produk Apple, termasuk iPad, MacBook, Apple Watch dan juga AirPods.

Perkhidmatan holistik dan pengalaman pembelian yang menyeluruh

Bukan hanya menyediakan pelan pembayaran mesra bajet, tetapi iTworld juga menyediakan tawaran tukar beli yang mana anda boleh mendapatkan diskaun tambahan bagi peranti anda yang seterusnya. Senarai peranti yang layak untuk ditukar beli termasuklah telefon, tablet, jam tangan, dan komputer riba di mana semua maklumat ini boleh dilihat dalam senarai yang disediakan.

Selain itu, iTworld berusaha untuk memastikan pengalaman pembelian berjalan lancar dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk anda. Ini termasuklah perkhidmatan Beli dalam Talian dan Ambil di Kedai (BOPIS) dan juga penghantaran pada hari yang sama (hanya tersedia di kawasan terpilih di Lembah Klang dan Selangor).

Promosi Apple Merdeka iTworld

Tertarik? Bagus! Namun, bukan itu sahaja tawaran yang disediakan oleh iTworld untuk anda. Sebagai sebahagian daripada promosi Merdeka yang sedang berlangsung, iTworld juga menawarkan penjimatan besar-besaran untuk peranti Apple yang paling popular, termasuklah siri iPhone 15 dan siri iPhone 15 Pro!

Berikut adalah beberapa tawaran hebat yang anda tidak boleh lepaskan di iTworld pada bulan ini!

Siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro
ProdukRRPHarga Promo
iPhone 15 (128GB)RM4,399RM3,699 (jimat RM700)
iPhone 15 (256GB)RM4,899RM4,199 (jimat RM700)
iPhone 15 (512GB)RM5,899RM5,199 (jimat RM700)
iPhone 15 Plus (128GB)RM4,899RM4,199 (jimat RM700)
iPhone 15 Plus (256GB)RM5,399RM4,699 (jimat RM700)
iPhone 15 Plus (512GB)RM6,399RM5,699 (jimat RM700)
iPhone 15 Pro (128GB)RM5,499RM4,699 (jimat RM800)
iPhone 15 Pro (256GB)RM5,999RM5,199 (jimat RM800)
iPhone 15 Pro (512GB)RM6,999RM6,199 (jimat RM800)
iPhone 15 Pro (1TB)RM7,999RM7,199 (jimat RM800)
iPhone 15 Pro Max (256GB)RM6,499RM5,699 (jimat RM800)
iPhone 15 Pro Max (512GB)RM7,499RM6,699 (jimat RM800)
iPhone 15 Pro Max (1TB)RM8,499RM7,699 (jimat RM800)
MacBook dan iPad
ProdukRRPHarga/Tawaran Promo
MacBook Air (13-inci, M1) 256GBRM4,399RM3,299 (jimat RM1,100), dengan Microsoft 365 Personal (langganan 1 tahun) bernilai RM309
MacBook Air (15-inci, M2) 256GBRM6,199RM4,799 (jimat RM1,400)
MacBook Air (15-inci, M2) 512GBRM6,999RM5,199 (jimat RM1,800)
Wi-Fi iPad Air (Generasi ke-5), 64GBRM2,699RM2,499 (jimat RM200)
Wi-Fi iPad Air (Generasi ke-5), 256GBRM3,399RM2,899 (jimat RM500)
iPad Air (Generasi Ke-5) Wi-Fi + Selular, 64GBRM3,399RM2,799 (jimat RM600)
iPad Air (Generasi ke-5) Wi-Fi + Selular, 256GBRM3,699RM3,399 (jimat RM300)

Selain itu, terdapat banyak lagi diskaun dan tawaran untuk dinikmati, seperti:

  • iPad Pro 11-inch (M2) Wi-Fi atau Selular disertakan dengan Pensil Apple (Generasi Kedua) atau AirPods (Generasi Kedua); Harga promosi bermula dari RM3,899
  • Jimat RM700 untuk siri iPhone 13 & iPhone 14; Harga promosi bermula dari RM2,599
  • Jimat RM800 pada iPhone 11; Harga promosi bermula dari RM1,599
  • Jimat sehingga RM1,750 pada iMac (4.5K Retina, 24-inci, 2021); Harga promosi bermula dari RM4,699
  • Jimat sehingga RM1,800 pada MacBook Air (M2); Harga promosi bermula dari RM4,099
  • Jimat sehingga RM700 pada MacBook Air (M3); Harga promosi bermula dari RM4,499
  • Jimat sehingga RM300 untuk iPad (Generasi ke-9) Wi-Fi atau Selular; Harga promo bermula RM1,339
  • Jimat RM150 untuk AirPods Pro (Generasi Kedua); Dari RM1,099 kepada RM949
  • Jimat RM100 pada AirPods (Generasi Ketiga); Dari RM829 kepada RM729
  • Jimat RM250 untuk Apple Watch 9 Series
  • Jimat RM150 untuk Apple Watch SE

*Tambahan pembelian dengan pembelian diperlukan untuk Shield Care 1-Year Extended Warranty atau AppleCare+ jika pelanggan memilih pelan ansuran.
*Power Bank Aukey 10000mAh Ultra-Thin atau 20W USB-C Power Adapter percuma untuk pembelian model promosi siri iPhone (kecuali iPhone 11)

Selain dari cawangan iTworld, promosi ini juga boleh didapati di GLOO Hyperstore yang baru dibuka di Queensbay Mall, Pulau Pinang!

Jadi, apa tunggu lagi? Dengan pelan pembayaran yang fleksibel, promosi untuk masa yang terhad dan perkhidmatan yang pantas, iTworld adalah destinasi terbaik untuk anda dapatkan peranti Apple impian anda!

Cawangan iTworld boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, dan Kelantan!

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh SNS Network