Maybank Tangguh Penyelenggaraan Sistem ke 19 Julai

Penyelenggaraan sistem berjadual oleh Maybank, yang pada asalnya dirancang untuk 12 Julai, kini telah ditangguhkan. Menurut notifikasi yang dihantar melalui aplikasi MAE dan pengumuman rasmi di laman webnya, penyelenggaraan tersebut akan berlangsung pada 19 Julai. Maybank tidak menyatakan sebab penjadualan semula itu.
Waktu gangguan dan perkhidmatan yang terlibat masih kekal sama. Pada 19 Julai, dari jam 3:00 pagi hingga 8:00 pagi, perkhidmatan DuitNow Transfer, DuitNow Request, DuitNow QR, Interbank GIRO, JomPAY, FPX dan Debit Mandate akan tergendala buat sementara waktu di platform Maybank2u (web), aplikasi MAE, serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi).

Selain itu, perkhidmatan ATM Maybank juga tidak dapat digunakan dari jam 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi pada hari yang sama.
Maybank menasihatkan pengguna supaya merancang transaksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh menghubungi Maybank melalui emel di mgcc@maybank.com atau talian 1-300-88-6688 (dalam Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
Sumber: [1] Maybank

