Laman Utama / Gaya Hidup / Maybank Perkenalkan Ciri Money Lock untuk Memerangi Penipuan

Maybank Perkenalkan Ciri Money Lock untuk Memerangi Penipuan


By Alyaa Najwa Januari 24, 2025
Maybank Money Lock

Maybank telah melancarkan ciri keselamatan baharu yang dipanggil Money Lock. Ciri ini memberi pilihan kepada pengguna Maybank untuk “mengunci” sejumlah wang tertentu dalam Akaun Semasa atau Akaun Simpanan mereka, sekaligus menghalang penipu dalam talian daripada mengakses dana tersebut.

Money Lock berfungsi dengan membekukan jumlah wang yang telah ditetapkan dalam akaun anda. Wang yang dikunci ini tidak boleh digunakan melainkan ianya dinyahkunci. Pengguna boleh menambah jumlah yang dikunci pada bila-bila masa melalui aplikasi MAE. Namun, untuk membuka kunci atau mengurangkan jumlah tersebut, anda perlu melakukannya melalui ATM Maybank atau di cawangan bank.

Menurut laman rasmi Maybank, pengguna boleh mengunci jumlah minimum RM10 sehingga keseluruhan baki yang tersedia dalam akaun mereka.

Perlu diingatkan bahawa setelah dana dikunci, ia tidak boleh digunakan untuk transaksi dalam talian, termasuk pembayaran, pindahan wang, pengeluaran di ATM, atau pembayaran bil dan kad kredit. Oleh itu, Maybank menasihatkan pengguna untuk mengurus kewangan mereka dengan bijak dan memastikan baki mencukupi supaya mereka tidak dikenakan caj lewat atau penalti.

Cara Aktifkan Money Lock Maybank

Untuk menggunakan ciri Money Lock ini, ikut langkah berikut:

  • 1. Buka aplikasi MAE dan tekan butang ‘Akaun’ di bar navigasi bawah.
  • 2. Pilih akaun yang ingin anda kunci dana.
  • 3. Setelah memilih akaun, tekan ikon ‘Money Lock’.
  • 4. Baca maklumat yang dipaparkan dan tekan ‘Kunci Sekarang’ untuk mengunci dana anda.
  • 5. Masukkan jumlah wang yang ingin anda kunci.
  • 6. Semak dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang ditunjukkan.
  • 7. Semak maklumat sekali lagi dan tekan ‘Sahkan’.
  • 8. Luluskan transaksi melalui Secure2u, dan siap

Jumlah wang yang dikunci akan dipaparkan pada kad akaun anda di halaman ‘Akaun’.

Baca lebih banyak artikel menarik kami di bawah!