Laman Utama / Gaya Hidup / Maybank akan tamatkan laman web Maybank2u Klasik untuk pengguna individu bermula 9 Jun

Maybank akan tamatkan laman web Maybank2u Klasik untuk pengguna individu bermula 9 Jun


By Alyaa Najwa April 23, 2025
Maybank2u

Maybank telah mengumumkan bahawa laman Maybank2u Klasik akan ditamatkan secara rasmi untuk pengguna individu bermula 9 Jun 2025. Bermula dari tarikh tersebut, semua perkhidmatan perbankan dalam talian Maybank hanya boleh diakses melalui laman web Maybank2u semasa.

Peralihan daripada laman klasik ke laman semasa tidak akan mengganggu sebarang akses atau transaksi pengguna. Sekiranya anda telah mengakses Maybank2u melalui pelayar internet, kemungkinan besar anda sudahpun menggunakan laman versi semasa.

Maybank2u
Paparan laman Maybank2u semasa dengan pilihan untuk kembali ke versi klasik di bahagian bawah sebelah kanan

Maybank turut memberi jaminan bahawa pelanggan masih boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan sedia ada. Tambahan pula, sebarang pembayaran berjadual atau berkala yang telah ditetapkan akan terus berjalan seperti biasa.

Untuk rujukan, berikut ialah perbezaan susun atur antara laman Klasik dan laman semasa Maybank2u.

Maybank2u Klasik
Laman web Maybank2u Klasik akan dihentikan bermula 9 Jun 2025.
Maybank2u semasa
Laman Maybank2u semasa yang perlu diakses oleh pengguna mulai sekarang.

Sehubungan dengan itu, Maybank telah memaklumkan kepada pelanggan bahawa perkhidmatan berikut di laman Maybank2u Klasik akan dihentikan:

  • Perkhidmatan Pemindahan ke Akaun Pihak Ketiga – 12 Mei 2025
  • Perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank – 19 Mei 2025

Menurut Maybank, laman Maybank2u yang dikemas kini menawarkan lebih banyak ciri, dengan reka bentuk yang dipermudahkan dan keselamatan dipertingkatkan untuk melindungi pengalaman perbankan anda.

Untuk makluman, pertukaran ini hanya akan mempengaruhi pelanggan individu. Pelanggan Maybank2u Biz masih boleh melakukan transaksi melalui laman Maybank2u Klasik.

Sumber: [1] Maybank

Baca lebih banyak artikel di bawah!