Maxis akan luaskan infrastruktur rangkaian fibre di Pulau Pinang

Rangkaian fibre Maxis bakal diperluas ke Pulau Pinang apabila syarikat telekomunikasi itu mula melaksanakan infrastruktur fibre di negeri tersebut. Peluasan ini telah dirasmikan pada 2 Mei 2025 dengan kehadiran YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxis.
Menurut Maxis, rangkaian akan meliputi semua daerah di Pulau Pinang – merangkumi kawasan tanah besar dan pulau – dengan tumpuan khusus pada kawasan bandar yang mempunyai permintaan tinggi seperti Jelutong, Georgetown, Batu Maung, Bayan Lepas, dan Bayan Baru. Maxis menyasarkan untuk menyambungkan lebih 100,000 rumah di negeri ini menjelang 2027.

Peluasan rangkaian fibre Maxis ke Pulau Pinang adalah selari dengan visi Penang2030, yang berhasrat menjadikan negeri itu sebagai sebuah negeri yang mesra keluarga, hijau dan pintar. Pelaksanaan ini turut dipermudahkan oleh Garis Panduan Sambungan Terakhir (Last Mile Connectivity Guidelines) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bagi membolehkan penyedia telekomunikasi meluaskan rangkaian fibre dengan lebih pantas dan berkesan.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan inisiatif peluasan fibre oleh Maxis, yang sejajar dengan visi Penang2030 kami untuk membangunkan sebuah negeri yang pintar, hijau dan inklusif. Kesalinghubungan internet berkualiti tinggi adalah pemacu penting dalam pendidikan, pembangunan bakat dan pertumbuhan ekonomi, yang akan terus memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai hab teknologi dan inovasi serantau,” kata YAB Tuan Chow Kon Yeow.
Sumber [1] Maxis
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

