Laman Utama / Gajet / Malaysia jadi negara pertama di dunia lancarkan Siri HONOR 400

Malaysia jadi negara pertama di dunia lancarkan Siri HONOR 400


By Editor Mei 7, 2025
HONOR 400

HONOR Malaysia telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar HONOR 400 yang akan datang bakal dilancarkan di Malaysia. Menariknya, Malaysia akan menjadi pasaran pertama di dunia yang memperkenalkan siri ini, sekali gus menegaskan peranan negara sebagai pasaran utama di rantau Asia Pasifik Selatan.

HONOR Siri 400 yang sangat dinantikan ini bakal menampilkan pelbagai peningkatan, termasuk teknologi pengimejan generasi baharu dengan sokongan AI canggih. Selain itu, HONOR menjanjikan penambahbaikan dari segi kapasiti bateri, kualiti paparan, ketahanan, dan ciri-ciri AI yang lebih dipertingkatkan.

HONOR 400

Walaupun HONOR masih belum mendedahkan butiran penuh mengenai Siri 400, mereka telah memberi bayangan sistem tiga kamera dan kemasan kelabu licin menerusi poster pengumuman rasmi, bersama dengan kata-kata: Coming soon.

“Coming soon” dipercayai merujuk kepada 8 Mei 2025, tarikh di mana HONOR dijangka akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai Siri 400.

Sebagai peringatan, HONOR telah melancarkan HONOR 400 Lite di Malaysia hanya seminggu yang lalu. Pelancaran akan datang ini dijangka akan memperkenalkan model-model lain dalam barisan tersebut.