Laman Utama / Gaya Hidup / Kedai Baharu Roborock Kini Dibuka di Sunway Pyramid dengan Promosi Hebat

Kedai Baharu Roborock Kini Dibuka di Sunway Pyramid dengan Promosi Hebat


By Alyaa Najwa Januari 28, 2025
Kedai Baru Roborock

Roborock telah merasmikan pembukaan kedai jenama terbarunya di Sunway Pyramid. Kedai ini terletak di Tingkat F, Lot F1.45 pusat beli-belah tersebut. Selain pameran dan jualan pelbagai produk vakum Roborock, kedai ini juga berfungsi sebagai pusat servis untuk produk jenama ini.

Sempena pelancaran ini, Roborock turut memperkenalkan vakum terbaru mereka, Saros 10R, yang berharga RM6,399. Saros 10R dilengkapi dengan pelbagai ciri unggul, termasuk dok serbaguna 10-dalam-1 , “FlexiArm” untuk membersihkan sudut sempit, serta kawalan pintar melalui suara dan aplikasi.

Roborock Saros 10R
Kredit Gambar: Roborock

Sempena pembukaan kedai baharu, Roborock menawarkan pelbagai promosi istimewa. Roborock Q5 Pro boleh didapati pada harga RM799 sahaja, berbanding harga asal RM1,299. Namun, promosi ini terhad kepada 100 pelanggan terawal sahaja. Selain itu, 200 pelanggan pertama akan menikmati diskaun 15% untuk semua produk Roborock. Tambahan lagi, hadiah istimewa akan diberikan dengan setiap pembelian.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai baharu Roborock di Sunway Pyramid, anda boleh mengikuti halaman Facebook rasmi mereka.

Promo Kedai Baharu Roborock

Baca artikel kami yang lain di bawah!


    U Mobile Buka Kedai Flagship Terbesar di Sunway Pyramid


    By Alyaa Najwa January 27, 2025
    U Mobile Sunway Pyramid
    Kredit Gambar: Sunway Pyramid

    U Mobile telah merasmikan pembukaan kedai flagship terbesarnya setakat ini, yang terletak di Lot F1.26, Tingkat 1 pusat beli-belah Sunway Pyramid.

    Ini merupakan kedai flagship kedua U Mobile, selepas yang pertama dibuka di Berjaya Times Square. Menurut U Mobile, pembukaan kedai flagship kedua ini selaras dengan rancangan mereka untuk memperluaskan kehadiran runcit di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam segmen pascabayar, jalur lebar, dan perusahaan.

    Kubah U Mobile
    Kredit Gambar: Sunway Pyramid

    Kedai flagship terbaru U Mobile di Sunway Pyramid berkeluasan sekitar 3,500 kaki persegi. Di sini, pelanggan boleh mendaftar untuk perkhidmatan pascabayar, prabayar, dan jalur lebar, serta membuat pembayaran bil. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli pek permulaan prabayar dan baucar tambah nilai, atau membuat pertanyaan perkhidmatan.

    Selain perkhidmatan yang ditawarkan, kedai flagship ini menggunakan teknologi 5G dan AI untuk menyediakan pengalaman runcit yang imersif kepada pelanggan. Ini termasuk kubah dalam kedai pertama di Malaysia, yang menggabungkan video berkualiti tinggi, sistem audio, VR, AR, dan teknologi realiti campuran untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah.

    U Mobile Sunway Pyramid
    Kredit Gambar: Sunway Pyramid

    Terdapat juga HoloBox, yang menggunakan unjuran holografik yang boleh berinteraksi dengan pelanggan, termasuk avatar holografik Stacy Anam, duta jenama U Mobile. HoloBox ini juga berfungsi sebagai booth foto, di mana gambar yang diambil akan dipaparkan di kubah imersif.

    Selain itu, terdapat U Home Zone yang mempamerkan konsep Rumah Pintar sambil memaparkan kelebihan utama pelan U Mobile yang berfokuskan keluarga, seperti U Family 128 dan pakej U Home 5G.

    Baca lebih banyak artikel kami di bawah!