Jualan Kad Hadiah Google Play Akan Dihentikan Mulai 15 Jun 2025

Google Malaysia telah mengumumkan bahawa Kad Hadiah Google Play tidak lagi akan dijual bermula 15 Jun 2025. Pelanggan perlu menebus kad hadiah mereka sebelum tarikh ini dan menggunakan sebarang baki Google Play sebelum 31 Januari 2026 bagi mengelakkan kehilangan nilai kad tersebut.
Pelanggan boleh menyemak baki semasa mereka di sini dan melihat tempat untuk membelanjakannya di sini.
Google turut mengingatkan pelanggan untuk mengemas kini kaedah pembayaran sekiranya mereka menetapkan baki Google Play sebagai pilihan utama, bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan. Google Play menerima pelbagai bentuk pembayaran lain termasuk e-dompet (Touch ’n Go, Boost, Shopee Pay), kad kredit, bil telefon mudah alih, perbankan dalam talian FPX, dan pembayaran tunai.
Google tidak menyatakan secara jelas sebab mereka akan menghentikan sepenuhnya penjualan kad hadiah ini, namun ia mungkin langkah untuk mengurangkan penipuan berkaitan kad hadiah.
Sumber: [1] Google
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

