iQIYI kini tersedia dalam pakej StreamMORE Add-Ons dan SpeedStream CelcomDigi

CelcomDigi kini menambah iQIYI ke dalam senarai perkhidmatan penstriman pilihan bagi pelanggan pascabayar dan prabayar. Perkhidmatan ini boleh diakses menerusi pakej StreamMORE Add-Ons atau pas SpeedStream Prepaid.
Akses iQIYI Standard VIP tersedia pada harga hanya RM11.90/bulan dengan pakej StreamMORE Add-Ons. Ini termasuk tambahan 10GB internet di atas pelan pascabayar mereka.

Sebagai alternatif, pelanggan prabayar boleh menaik taraf ke pas SpeedStream iQIYI terkini dengan hanya RM47/bulan sambil menikmati Internet 5G/4G tanpa had pada kelajuan 12Mbps.

Pelanggan yang berminat untuk melanggan StreamMORE Add-Ons atau SpeedStream boleh berbuat demikian melalui aplikasi Celcom Life, aplikasi MyDigi, atau di mana-mana Stor CelcomDigi, pengedar sah, dan rakan niaga.
iQIYI Standard VIP menawarkan pelbagai hiburan Asia, termasuk kandungan dari China, Korea, dan Thailand yang merangkumi rancangan aneka ragam, filem, dan anime. Selain itu, pelanggan Standard VIP juga akan menikmati penstriman 1080p, pilihan sari kata pelbagai bahasa, serta bunyi Dolby Atmos untuk peranti yang menyokongnya.
Selain iQIYI, CelcomDigi juga menawarkan Disney+ Hotstar (RM24.90/bulan dengan StreamMORE, RM59/bulan dengan SpeedStream) dan Viu Premium (RM17.90/bulan dengan StreamMORE, RM44/bulan dengan SpeedStream) sebagai sebahagian daripada perkhidmatan penstrimannya.
Sumber: [1] CelcomDigi